Safe : The Review




Uals nak tak tengok citer budak genius Matematik yang tidak takutkan keganasan?
Of course la hero nyer Jason Statham



Luke Wright (Jason) adalah seorang peninju dan bekas polis yang dipergunakan oleh kumpulan mafia untuk menipu dalam perlawanan tinju. Apabila Luke tidak mematuhi agenda perlawanan dan menyebabkan kerugian yang besar kepada kumpulan mafia tersebut, isteri beliau telah dibunuh sebagai pengajaran kepada Luke. 
Luke menjadi terumbang-ambing dan tidak keruan selepas kematian isterinya. Luke juga diberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang mendekati dan berbual dengannya akan menjadi mangsa dan dibunuh.
Dalam pelarian itu, Luke terserempak dengan Mei, seorang kanak-kanak China yang genius dan telah diculik oleh kumpulan mafia tersebut untuk dijadikan sebagai 'counter'. 
Luke telah bertindak untuk menyelamatkan Mei daripada kumpulan mafia tersebut dan mendapati bahawa Mei mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Mei dapat membuka misteri kepada nombor yang akan memberi keuntungan kepada banyak pihak. Ini menyebabkan Mei menjadi buruan banyak pihak dan Luke berazam untuk menyelamatkan Mei dari dunia mafia tersebut.



Penilaian saya :
Penceritaan : 4.3 /5.0 = sebab asyik flashback menyebabkan kadang-kadang hilang punca penceritaan
Penghayatan : 4.6/ 5.0 

CONTACT ME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com