Segar sangat ke Segi Fresh?

12:36 PM 19 Comments A+ a-

Hello semua. How are ya'?
Kali ini Rawlins nak share sikit pasal pengalaman membeli belah barangan basah di Segi Fresh.
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Bagi seorang yang membesar di pedalaman Sarawak, Rawlins dah terbiasa dengan makanan yang fresh untuk jamuan harian. Mana taknya - nak ikan, boleh menjala atau memancing. Ayam pula memang kami bela sendiri di belakang rumah berserta sayuran hijau dan juga sayuran hutan. Semuanya segar dari ladang bak kata BBNU.

Now, apabila dah berhijrah nie, walaupun Rawlins boleh memasak, tetapi Rawlins takde la kerap mana nak memasak tu. Bila mood nak memasak tu ada (mood ini paling jarang datang tau hahaha), memang beriya mencari pasar segar untuk mendapatkan bahan basah yang segar. And Rawlins tak kisah pun menjelajah jauh sikit bagi mendapatkan bekalan yang segar - tak kuasa la nak makan sayuran yang dah lebam, buahan yang dah mula membusuk mahupun ikan yang takde warna dah. 
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Last weekend, tetiba MahaMahu ajak temankan dia membeli barangan basah di Pasar Segar Segi Fresh. Rawlins sebenarnya dah banyak membaca rave reviews berkenaan bekalan barang basah di Segi Fresh nie. So, trip ke pasar segar Segi Fresh di Subang kali ini membuatkan Rawlins sangat teruja - I want to see for myself  'Segar sangat ke bekalan di Segi Fresh nie?'

Pabila diri kau membeli belah barangan segar dengan seorang Foodie yang dah menang award berulang-kali, pasti timbul rasa rendah diri pabila dia mula menggapai ikan, ayam dan pelbagai lagi bahan basah yang pastinya akan menjadi suatu menu yang bakal menggegar rasa. Hint: MM singkatan nama beliau ye.

Sudahnya, Rawlins pun membawa diri menjelajah pasar segar Segi Fresh nie. Nak tau segar ke tak - di sini siap ada kolam ikan kecil ye. 

Sebagai seorang lelaki bujang yang kurang rajin memasak, Rawlins pun memasang strategi untuk mencari bekalan yang boleh tahan lama. Dalam otak dah terfikir dah apa nak beli iaitu ikan bilis, bekalan bawang dan buah-buahan. Well, perhaps nak sedikit chicken fillet dan juga sayuran. Not forgetting bekalan bahan basah paling mudah bagi sesiapa sahaja iaitu telur!

Rawlins menjengah kat area bawang dulu. Amboi bawang dia bersih ye. Takde pun yang mereput bagai kat bawah macam kat sesetengah pasaraya nie. Yang Rawlins kagum lagi adalah kebersihan kat sini - tak nampak pun kulit bawah bersepah-sepah kat lantai. 

Menjengah  ke bahagian sayuran hijau menambah rasa kagum. Ada seorang pekerja yang memang tugas dia membersihkan dedaun/ batang sayuran yang patah. Pastu bila memilih limau kasturi, takde yang mereput pun. Bertambah kekaguman diri. Maka ambil la sedikit limau kasturi sebab berangan-angan nak minum air limau everyday. Paling menarik kat sini adalah cili-cili yang merah menyala dan hijau segar warnanya. Kat situ Rawlins nampak kawan Rawlins tu duduk lama - memilih cili untuk his next menu la tu. 
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Rawlins nampak la sayur labu manis dan terus kecut liur nak makan sayur labu masak lemak. Kemudian teringat yang diri sendiri tak pandai masak menu berkenaan. Hahaha. Maka, kita pun move on  dan bergerak ke ruangan sawi dan kobis. 

Buah-buahan dia pun segar. Paling Rawlins suka bila nampak pisang yang bergantungan dalam warna kuning keemasan dan tidak lebam. Ingatkan kat sini ada yang dah siap packed, rupanya buahan dia pun boleh beli ikut timbangan juga. Maka, gigih la Rawlins memasukkan epal hijau, epal merah, lemon dan seedless green dan red grapes dalam troli.

Kalau kita pergi nak membeli ikan atau ayam, lantai yang basah dan bau hapak tu perkara biasa kan? Well, not in Segi Fresh ye. Rawlins kagum sebab ada seorang pekerja yang mengelap dan menyapu permukaan lantai yang basah di bahagian ikan dan ayam ye. Tiada langsung lantai yang banjir dan lantai pun cepat kering sebab ada blower. 

Perkhidmatan untuk menyiang ikan dan memotong ayam pun disediakan di sini ye. Maka tak perlu la nak bersusah payah menyiang ikan di rumah atau memotong ayam. Dah siang dan potong kat sini, balik rumah, just bersihkan je sebelum disimpan dalam peti sejuk. Senang kan? 

Since Rawlins tak berniat pun nak beli ikan, Rawlins just teman je kawan mencari ikan yang dia nak. Sedang Rawlins usha-usha ikan kat situ, tetiba dengar kengkawan kecoh sebab ikan siakap dijual murah dari biasa. Berebut memasing nak membeli ikan siakap. Yang ajaibnya, banyak pula bekalan ikan tu. Oh ye. Kat sini, ikan salmon pun harganya berbaloi ye. 
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Baru je nak berlalu ke bahagian lain, ternampak chicken fillet. Sederas kilat Rawlins minta pekerja tu timbangkan 1 kg chicken fillet sebab cadangnya nak start eat clean semula. Yang penting niat tu ada kan hahahaha. Nak start bila, tu satu persoalan yang masih menjadi misteri.

Entah kenapa, Rawlins sejenis yang suka memasak dengan menambahkan ikan bilis dalam makanan. So, apabila Rawlins nampak bahagian ikan bilis, terus Rawlins mencari yang kecil dan juga telah dikopek kulitnya. Almaklum, semua nak cepat kan. Terus timbang untuk 400 gm sahaja. Cukup la tu. Masak pun jarang ye tak. Heheh.
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Segi Fresh, barangan basah, barangan segar, barangan dapur, pasar segar Segi Fresh, Rawlins Shops
Ingatkan dah selesai sebab rasa macam dah banyak dah bekalan dalam troli. Sekali nampak telur gred A dengan harga RM9.90 satu set, terus tak berfikir panjang dan masukkan dalam troli. Nak eat clean kena makan boiled egg - white parts only kan. 

MY REVIEW OF SEGI FRESH MARKET
  • Memang betul pun bekalan kat Pasar Segar Segi Fresh ini memang segar ye, bukannya propa semata. 
  • Banyak pilihan 
  • Harga berpatutan
  • Persekitaran yang bersih
  • Ada perkhidmatan menyiang ikan dan memotong ayam
  • Bimbang telur ayam pecah? Kat Segi Fresh, dibalut dengan clingwrap agar tidak pecah dala perjalanan. Sangat memudahkan!
Bukan hanya di Subang ye, pasar segar Segi Fresh ni ada di banyak lokasi. Lepas nie please buka kat Sabah dan Sarawak please.

Kalau dah nak bergerak ke mana-mana cawangan, jangan lupa bawa shopping bag sendiri ye. Bijak berbelanja dan menjaga alam sekitar itu penting ye.

Rawlins GLAM
012.280.1977

19 GLAM People

Write GLAM People
Farhana Jafri
AUTHOR
Friday, 19 July, 2019 delete

dulu selalu jugak ke segi fresh ni sebab barang dia segar dan murah tapi sejak ada eco dekat sebelah, malas nak pergi sebab sesak haha

Reply
avatar
Friday, 19 July, 2019 delete

Nampak ada blogger seorang lagi itu.. Lupa nama. Kalau peribadi naim, ayam yang di jual di supermarket begini, naim was2 nak beli kerana takut cara pemyembelihan nya haha

Reply
avatar
Mat Drat
AUTHOR
Saturday, 20 July, 2019 delete

Ramai membeli barangan dapur dan basah di Segi Fresh Market ni. Barangan dan product nampak fresh dan harga pun tak mahal. Jadi boleh la kita berjimat lebih di sini

Reply
avatar
Tricia
AUTHOR
Saturday, 20 July, 2019 delete

Untuk membekalkan ayam, ikan atau sayur-sayur yang segar, pasar raya mestilah menggunakan lori makanan yang berkualiti dan professional untuk menghantar bahan-bahan tersebut. Saya selalu membeli di Segi Fresh dan sayur-sayur ia memang fresh dan baik!

Reply
avatar
Saturday, 20 July, 2019 delete

Hahahahah Nad pun gerun kalau nak shopping dengan Maha. Kita tak power masak sangat huhu. Tapi tengok barang basah dekat Segi macam fresh-fresh. Seronok lah kalau nak beli untuk stock seminggu hehe.

Reply
avatar
Saturday, 20 July, 2019 delete

Segarrrr!!! and banyak pilihan pulak tu. There are so many types of ikan bilis over there.

Reply
avatar
Saturday, 20 July, 2019 delete

boleh tahan besar jugak ye Segi fresh ni. barang2 die pun nampak segar...bukan senang nak cari barangan basah ni yang segar2 kt kawasan bandar

Reply
avatar
Izaramli
AUTHOR
Saturday, 20 July, 2019 delete

kenapa la segi fresh ni tak ada kat kuantan. nak jugak merasa pergi. barang basah dia semua nampak segar lepas tu harga dia pun not bad. berpatutan. memang boleh shopping barang dapur kat sini la kalau ada kat kuantan.

Reply
avatar
Mira Cikcit
AUTHOR
Saturday, 20 July, 2019 delete

Wahh dia punya tajuk pun dah buat orang rasa nak baca. Yelah. tagline kata segar tapi bila sampai takut tak segar pulak. Hehe... But segi antara tempat yang memang banyak jual barang fresh. Untung siapa ddk dekat dengan Segi ni sebenarnya.

Reply
avatar
Sunday, 21 July, 2019 delete

Fav place aku sebenarnya terutama bila nak cari barang basah. Cuma outlet x banyak tu yg susah nak cari. Hopefully satu hari akan dibuka di shah alam hehe

Reply
avatar
Lia Hasty
AUTHOR
Sunday, 21 July, 2019 delete

Tak sure plak segi fresh ada kat Penang ke x. Tgk gmbr pun dah nampak betapa segarnya buahan sayuran Dan ikan2. Lagi semangat nak masak kan.

Reply
avatar
Mawardi Yunus
AUTHOR
Sunday, 21 July, 2019 delete

tengok sayur dia nampak betul2 fresh kan. memang seronokla kalau dapat datang shopping sini. harga pun berpatutan ya.

Reply
avatar
Sunday, 21 July, 2019 delete

Nampak fresh betul kat Segi Market.

Reply
avatar
saidila
AUTHOR
Sunday, 21 July, 2019 delete

memang suka pergi segi sebab dekta dengan rumah dan juga murah , good bargains gitteww

Reply
avatar
Wawa Ashihara
AUTHOR
Monday, 22 July, 2019 delete

Wawa tengok mmg segar2 semuanya..samada barang basah, nahan kering.. Buah2an dan sayur.. SEnang kata semuanya lahh.. Baguslah ada segi fresh ni..hrp tmpt wawa ade juga nnti..

Reply
avatar
Wednesday, 24 July, 2019 delete

Memang nampak segar barang memasak diaorang. Bawang pun nampak cantik je tak macam sesetengah pasaraya bawang pun dah buruk

Reply
avatar
Faries
AUTHOR
Wednesday, 24 July, 2019 delete

Kite pun suka shopping kt segi sbb barang basah murah giler. Udang, sotong, salmon murah betul. Walaupun pasaraya ni tak grand tpi harga meletup.

Reply
avatar
Sharon Lee
AUTHOR
Wednesday, 24 July, 2019 delete

The food here looks so fresh and comes in a lot of varieties! I will come and shop for more fresh veggies someday!

Reply
avatar
Thursday, 25 July, 2019 delete

Seronok tengok rawlins shopping ni! Tengok gambar pun tahu fresh ni! Yg penting makanan basah kena segar, makan baru sihat, tak ada masalah keracunan makanan terutamanya makanan Laut ! Tq tau!

Reply
avatar

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe