Horrible Bosses 2 - The Review

7:30 AM

Apa akan terjadi sekiranya kita bertindak melulu tanpa sebarang tunjuk ajar dari yang berpengalaman dan profesional?
Itulah yang ingin dipaparkan di dalam Horrible Bosses 2.
Thanks Churp- Churp kerana menjemput saya untuk menonton #Churpremiere untuk Horrible Bosses 2 nie.

SINOPSIS
Nick, Dale dan Kurt mencuba nasib untuk menjadi usahawan setelah berhenti dari kerjaya masing-masing.

Apabila cubaan memasarkan ciptaan mereka yang dinamakan "Shower Buddy" gagal dek kerana nama syarikat yang agak sensitif "Nick-Kurt-Dale", mereka sudah kehabisan idea dan sumber kewangan.
Sales pitching session bersama Rex Hanson
Seorang pelabur, Bert Hanson berminat untuk memasarkan produk mereka dan mencadangkan agar mereka mendapatkan modal daripada bank untuk menghasilkan 100,000 "Shower Buddy" yang mana akan dipasarkan oleh Bert Hanson.

Anaknya, Rex Hanson pula mengalami 'daddy problem' apabila dia langsung tidak dihormati atau disayangi oleh ayahnya.
The first Shower Buddy
Nick, Kurt dan Dale berjaya mendapatkan modal mereka dan berjaya menghasilkan 100,000 unit 'Shower Buddy' sebelum tempoh yang dijanjikan dengan Bert Hanson.
Bert Hanson membatalkan urusniaga
Tetapi Bert Hanson rupa-rupanya berniat untuk mengambil alih perniagaan mereka dengan membatalkan pesanan di saat akhir. Ini akan mengundang masalah kepada ketiga-tiga usahawan ini yang telah membuat pinjaman bank yang amat besar.

Dalam mereka memikirkan kaedah untuk menyelesaikan masalah ini, Rex Hanson mencadangkan agar mereka melakonkan satu babak penculikan ke atas dirinya dan memohon Bert Hanson untuk membayar wang tuntutan tersebut bagi membayar balik pinjaman mereka.
Dr Julia yang masih lagi 'sex-addicted'
Pelbagai situasi yang lawak terjadi sepanjang perancangan dan pelaksanaan rancangan penculikan mereka ini.

Namun akhirnya, mereka tetap ditipu kerana terlampau mempercayai orang lain dan bukannya diri sendiri.

Bagaimana Nick, Kurt dan Dale menyelamatkan diri daripada keadaan yang sulit ini?

PENILAIAN
Plot : 4.6/ 5.0. Jalan cerita yang ringan dan diselang-seli dengan lawak yang selamba menjadikan seluruh panggung tertawa tanpa henti di sepanjang tayangan. Namun, ada penggunaan bahasa 18SX yang memerlukan anda mengawal anak-anak daripada menurutinya.

Penghayatan : 4.8/ 5.0. Setiap aktor adalah komited kepada watak yang dibawa sehingga ada masanya saya membenci Dale kerana terlampau 'stupid blonde'.

Will I watch it again : Yes and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe