Menang RM3,000 di Buffet Ramadhan PICC


Menang RM3,000 bila buka puasa di PICC?

Boleh buat belanja Raya kan.

Cerita sebenar 
Putrajaya International Convention Centre (PICC) memperkenalkan promosi Buffet Ramadhan 2014 yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya". Buffet Ramadhan kali ini mempernalkan 200 hidangan yang terdidi daripada warisan Melayu.

Sambil menjamu selera, pengunjung juga boleh memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama sebanyak RM3,000 di samping hadiah sampingan yang bernilai lebih RM10,000. Di antaranya ialah TV Led 40 inci dan Telefon Pintar Samsung Note 3. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Syawal di laman Facebook PICC.

Menarik kan?
So tunggu apa lagi. 
Cepat-cepat buat tempahan dengan menghubungi alamat tertera di bawah ini.

Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 603 - 8887 6000
Faks : 603 - 8887 6499
Website : www.picc.com.my
Facebook/ Twitter : @piccmalaysia

Pakej Buffet Ramadhan 2014 ini bermula daripada 30 Jun sehingga 25 Julai dengan kadar bayaran RM80/ individu bagi dewasa dan RM40/ individu bagi kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas. Manakala yang berusia 5 tahun ke bawah, boleh makan PERCUMA.

Lagi best, dari 30 Jun sehingga 6 Julai, ada 10% diskaun iaitu RM72/ individu bagi dewasa dan RM36/ individu bagi kanak-kanak.

PICC juga menawarkan pakej berbuka puasa bagi syarikat-syarikat korporat yang berminat nak menjamu kakitangan mereka. 

Makan pun makan tapi ibadat jangan dilupa, tak gitu dek non.
Pihak pengurusan PICC turut menyediakan solat terawih berjemaah (di aras Concourse bagi jemaah lelaki, manakala di aras Mezzanine bagi jemaah wanita).
Dengar katanya ada 2 imam yang didatangkan khas untuk mengetuai solat terawih.

Mana gambar juadahnya?

Saja je saya letak akhir-akhir nie.
Takut ada yang baca awal-awal pastu marah sebab makanannya memang lazat dan boleh mengiurkan.

So, please proceed at your own risk.
Ayam Gulai Nangka

Gulai Tunjang

Gulai Daging Pisang Muda

Rendang Paru










Antara hidangan utama yang akan menjadi tumpuan adalah Gulai Tunjang, Briyani PICC, Kambing Panggang, Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa dan lain-lain juadah yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu. 

Buffet juga dihidangkan mengikut tema seperti "Pembuka Selera", "Sup Masyuk Berasap", Gerai Utama PICC", "Mangkuk Panas", "Kawah Berapi", "Sejuk Badan", "Kebun Buah Pak Rusmie" dan " Dahaga".

Selain pelbagai jenis bubur sebagai pelengkap berbuka puasa, hidangan berasaskan pasta turut disediakan.

Satu lagi kelainan  yang ditampilkan apabila Rosma AF juga akan menghiburkan pengunjung dengan alunan muzik yang bersesuaian dengan bulan yang mulia. Sambil makan, halwa telinga juga turut disediakan.

Bagi yang berdekatan, apa lagi.
Bagi yang duduk jauh-jauh, moh le mencuba deria rasa anda.


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments