Non-Stop : The Review

8:30 AM

Baru turun flight, saya dah menggatal pergi plak menonton cerita nie.
Huhuhu

Thanks to Churp-Churp sebab menjemput saya untuk #Churpremiere untuk Non-Stop.

SINOPSIS
Bill Marks adalah seorang US Federal Air Marshall yang mengalami masalah kemurungan dan ketagihan alkohol semenjak kematian anak tunggalnya.
 
Ketika bertugas di dalam penerbangan ke London yang memakan masa selama 6 jam, Bill telah dihujani pesanan ringkas melalui telefon bimbitnya berkenaan ugutan untuk membunuh seorang penumpang setiap 20 minit sekiranya tuntutan sebanyak US150 juta dolar tidak ditunaikan.
Pada awalnya dia tidak mempercayai pesanan tersebut dan menganggapnya adalah gurauan dari seorang lagi US Federal Air Marshall yang turut sama bertugas.
Namun apabila dia mendapati bahawa ugutan tersebut menjadi kenyataan, beliau mulai resah.
Setelah dijalankan siasatan, didapati nombor akaun yang diberikan oleh penjenayah telah didaftarkan di atas namanya sendiri.
Beliau juga mendapati rakannya telah menyeludup masuk kokain dan bom ke dalam penerbangan itu.

Siapakah pembunuh sebenar - pengganas atau Bill yang mengalami kemurungan dan ketagihan alkohol?

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Plot wayang yang tersusun dan tidak berat. Aksi ganas dan cemas juga banyak di sepanjang wayang hingga ada kalanya menyebabkan saya menjadi semakin takut untuk menaiki kapal terbang. Yang best, ada twist pada wayang ini yang tidak tersangka oleh penonton.

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan Liam Neeson dan Julianne Moore memang menjadi. Komitmen mereka pada watak turut memberikan kekuatan pada twist  di penghujung wayang ini.

Will I watch it again : Yes I would.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe