Delivery Man : The Review


Vince Vaughn bukanlah seorang comedian yang saya gemari kerana tidak semua lakonan beliau yang menjanjikan keseronokan.

But, once in a while, when he scored, dia memang scored to the max!

Thanks to Churp-Churp sebab menjemput saya untuk #churpremiere bagi Delivery Man.
Frankly said, saya pergi dengan tidak memberikan harapan yang tinggi pada movie ini.

SINOPSIS
David Wozniak adalah anak kepada pengedar daging dan tugas beliau adalah sebagai penghantar daging ke sekitar.
David juga dikenali di kalangan ahli keluarga sebagai seorang yang kurang cekap, mudah hilang fokus, malas, banyak alasan tetapi pada masa yang sama, seorang yang baik hati.

Bagi melangsaikan hutangnya yang berjumlah USD80,000, david telah mencuba pelbagai usaha untuk menambah pendapatan beliau termasuk menanam ganja di dalam rumahnya. Usahanya ini menyebabkan dia menghalang teman wanitanya, Emma daripada datang bertemu beliau di rumahnya.

Apabila Emma memaklumkan bahawa dia mengandung dan tidak memerlukan David kerana sikapnya yang tidak boleh diharap, David menjadi putus harapan dan sedih.

Apabila dia kembali ke rumah, didapati seorang peguam yang mewakili fertility clinic berada di rumahnya. Peguam tersebut memaklumkan bahawa sperma yang dia dermakan dahulu telah digunakan dan berjaya melahirkan 533 orang anak.

142 orang daripada anak-anak itu telah membuat tuntutan untuk mengetahui latar belakang David yang menggunakan nama samaran "Starbuck" semasa membuat pendermaan sperma.

David sebenarnya telah membuat sebanyak 693 kali dermaan sperma dan mengumpul bayaran melebihi USD20,000 yang digunakan untuk menaja pelancongan ahli keluarganya ke Venice bagi mencapai impian ibunya yang nazak ketika itu.

Setelah mendapatkan pandangan dari rakannya, Brett, dia bersetuju untuk menentang tuntutan tersebut.

Pada masa yang sama, dia telah mula menghampiri anak-anaknya tanpa mereka mengetahui identiti dia yang sebenar.
Kebanyakan anak-anaknya mengalami masalah kehidupan dan dia merasakan bahawa adalah tanggungjawabnya untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Semakin lama, dia merasakan diri semakin dekat dan sayang kepada anak-anaknya dan bercadang untuk menarik balik tindakan mahkamah.

Tetapi apabila ayahnya diancam oleh kumpulan gangster dan meningkatkan jumlah pinjaman dia kepada USD100,000, David bersetuju untuk meneruskan tindakan mahkamah bagi mendapat wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutangnya.

Bagaimanakah perkembangan hubungan di antara David dan anak-anaknya?
Adakah Emma dapat menerima kembali David di dalam hidupnya?

PENILAIAN
Plot : 4.8/ 5.0. Garapan cerita yang kemas dan teliti. Tidak terlalu berat kerana diselitkan dengan unsur humor oleh Vince, Cobie Smulders dan Chris Pratt yang bersahaja dan bersesuaian. Memang agak kecoh panggung dengan gelak ketawa. Tidak kurang juga apabila mainan emosi dari anak-anak dan Vince menyebabkan hampir menangis.

Penghayatan : 4.9/5.0. Lakonan yang best dari kesemua pelakon, termasuk Chris H dari America's Next Top Model Cycle 20. Heheheh.

Will I watch it again : Yes, I will.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com