Bila terbaca jemputan dari Nuffnang untuk Premiere Screening "Walking With Dinosours - The Movie" terus teringat betapa teringinnya diri ini suatu masa dulu untuk menonton dokumentari Walking With Dinosours yang disiarkan oleh BBC.
So, bila dapat jemputan, memang saya tak lepaskan. Thanks Nuffnang!
SINOPSIS
Wayang ini mengisahkan perjalanan hidup seekor Pachyrhinosaurus bernama Patchie yang membesar sebagai seekor dinosour yang terkecil di kalangan ahli keluarganya. Abangnya, Scowler merupakan seekor Pachyrhinosaurus yang besar dan kuat dan sering membuli Patchie.
Dia berkawan dengan burung Alexornis yang bernama Alex.
Pada satu kejadian, ketika Patchie masih kecil, telinganya berlubang selepas digigit oleh dinosour pemangsa dan ciri ini menjadikan dia unik.
Apabila tiba masa untuk berhijrah ke kawasan yang panas, kumpulan dinosour yang diketuai oleh ayah Patchie telah terperangkap di dalam hutan yang terbakar.
Dalam keadaan cemas, Patchie dan Scowler telah terpisah daripada keluarga mereka.
Apabila seekor T-Rex hampir menjadikan kedua-duanya mangsa, ayah Patchie datang menyelamatkan mereka. Tetapi beliau terbunuh di dalam usaha menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.
Patchie dan Scowler yang kini menjadi yatim piatu hanya mengikut Major, ketua baru kumpulan dinosour berhijrah.
Apabila tiba di satu lokasi, Patchie bertemu dengan Juniper, Pachyrhinosaurus betina yang menyukai kelainan pada Patchie. Mereka mulai rapat.
Scowler membesar menjadi seekor Pachyrhinosaurus yang besar dan kuat manakala Patchie masih lagi kecil berbanding yang lain. Tetapi Patchie adalah dinosour yang bijak.
Apabila terjadi perbalahan di antara Scowler dan Patchie, mereka terpaksa menyelesaikan dengan kaedah pergaduhan yang menyebabkan Patchie kalah dan dihalau keluar dari kumpulannya. Ini juga menyebabkan Juniper terpaksa mengikut Scowler dan meninggalkan Patchie yang terbaring kekalahan kerana itu adalah adat mereka.
Scowler adalah seekor dinosour yang kuat tetapi tidak bijak. Dia telah membawa kumpulannya merentasi sebuah tasik yang beku.
Apabila Patchie bertindak menyelamatkan kumpulannya dari lemas di tasik beku, Scowler semakin berang dengannya kerana kumpulannya mula mengikut Patchie.
Sekali lagi Scowler mencabar Patchie untuk menuntut hak sebagai ketua.
Apakah Scowler akan mengalahkan Patchie sekali lagi?
PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang ringan serta tidak melalut. Cuma pada awal agak kekok untuk mengetahui watak mana yang bercakap kerana tiada gerakan bibir. Sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.
Penghayatan : 4.7/5.0. Since nie animation, so takde masalah penghayatan la kan. Hehehehe
Will I Watch It Again : 4.6/5.0. I will and I will buy the DVD. By the way, watching this movie di TGV One Utama in 3D memang berbaloi! Sangat real and clean animation!
I, as the owner of the blog WILL NOT BE RESPONSIBLE for any damage/ loss/ risk (personally or otherwise) that occurs directly or indirectly upon the use of any information/ content obtained from this blog.
Your wisdom as a reader is highly appreciated to make the best decision for yourself.
I will not be responsible for any comments posted and it is the sole responsibility of the commentators themselves.
The articles published are just personal opinions for future references.
Saya, sebagai pemilik blog ini secara khususnya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa jua kerosakan/ kehilangan/ kerugian/ risiko (secara peribadi atau sebaliknya) yang terjadi secara langsung atau tidak di atas penggunaan apa jua maklumat/ kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Kebijaksanaan anda sebagai pembaca adalah amat diharapkan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.
Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Artikel yang disiarkan adalah sekadar pendapat peribadi yang ingin dikongsi bersama dan juga sebagai koleksi rujukan peribadi di masa akan datang.
2 GLAM�comments
Nak kena bawa Mr Ray ni pergi menonton....
ReplyDeleteSilakan @Melastik Bintang
DeleteMemang best!
Thanks for the GLAM write-ups