COPY

Banyak Stim

8:30 AM

Apa nie?
Tajuk lucah siot!

PERHATIAN : Ini bukan entry lucah. Teruskan pemerhatian pada video di bawah!

Terkesima tak bila membaca tajuk entry hari ni?
Hehehhee.
Laju je masing-masing kan!

Video "Banyak Stim" arahan Dan Khoo tu sebenarnya adalah iklan untuk kempen Ambi Pur Smelly to Smiley.

Apa itu Smelly to Smiley?
Ambi Pur mengajak rakyat Malaysia untuk mengubah keadaan yang menyesakkan rongga hidung dan menjadikannya keadaan yang wangi dan segar.
Berdasarkan video "Banyak Stim", kebanyakan menyatakan bahawa tandas awam adalah sangat busuk dan kotor.
Apa pendapat anda pula?
Cepat-cepat tag tempat-tempat busuk!
Dengan memuatturun aplikasi Smelly To Smiley Movement, rakyat Malaysia dijemput untuk sama-sama mengenalpasti kawasan-kawasan yang menyesakkan rongga hidung ini.
Jika lokasi anda terpilih, pasukan Ambi Pur Malaysia akan mengubah lokasi tersebut menjadi sebuah lokasi yang segar dan wangi, For Free!
Best kan!
So, cepat suruh rakan-rakan anda mengundi ruang tamu anda sebagai kawasan yang perlu diubahsuai!
Hehehehe.
Siapa nak iPad Mini?
Ada hadiah gak tau!
iPad Mini lagi!
Tak nak ke?
Bagi tukang calon yang paling aktif, anda berpeluang untuk merangkul salah satu daripada 5 iPad mini yang disediakan tu!
Nak tahu lebih lanjut, pergi je Facebook Ambi Pur >> Nak Menang iPad di sini

Berbalik kepada kempen ini, terima kasih kepada Blooggers Dot Com sebab sudi menjemput saya untuk menghadiri campaign launch ini.
Pendaftaran bloggers
Thanks to Blooggers Dot Com
Bertempat di AEON Taman Maluri pada 28 September 2013, kami berkumpul untuk menyaksikan upacara pelancaran kempen ini.
Ada Jocko, Sohoque, Yana Yassin, Kifli, MahaMahu, Mira Cikcit, Farisya dan Pena Berkala. Ada ramai lagi yang tak sempat nak tegur.
Ucapan dari pihak P & G
Yang best sekali ialah kerana emcee pada hari itu ialah Henry Golding!
Yes!
Kami sama-sama Iban ok!
Go Iban!

Hafiz, Dan Khoo, Henry dan Hani

Hani Madu dan abangnya Hafiz Hatim juga merupakan jurucakap bagi Ambi Pur juga turut hadir pada acara ini.

Being siblings, celoteh mereka menggelikan hati sebab saling menyalahkan di antara satu sama lain, siapa empunya bilik dan kereta yang berbau.
Semua ditutup mata

Sidang hadirin pada hari itu diperkenalkan kepada Hafiz, Hunny dan juga Dan Khoo sebelum ketiga-tiga mereka dibawa menyertai Smelly To Smiley Challenge.

Mereka diikat mata dan dibawa masuk ke bilik tertutup.
Bila bilik itu dibuka, terkejut boboy tengok bilik tu.
Dah la bersepah, makanan, kasut, stoking serta pakaian berselerak.
Ada durian dan piza plak di atas meja.
Yang peliknya, tidak seorang pun di antara mereka bertiga mengetahui terdapat durian di hadapan mereka.

Ini kerana bilik tersebut telah disembur dengan product terbaru Ambi Pur, Air Effect Spray yang memberikan kesegaran berpanjangan selama 30 minit. Sekarang didatangkan dalam bentuk Spray, Aerosol Spray dan Electrical Plug Starter.
The Challenge
Para bloggers pun nak juga mencuba keberkesanan produk Ambi Pur nie.
Dan ternyata, saya tidak dapat menghidu bau ikan masin yang diletakkan di dalam bilik bersama-sama dengan saya.
Balik tu terus sambar satu Electrical Plug Starter nak letak kat ruang tamu!
Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh je pergi roadshow di AEON Midvalley pada 5 Oktober, Giant USJ pada 2 November dan AEON Bukit Tinggi pada 9 November.
Hani dan Hafiz akan berada di setiap roadshow tu.

Jangan lupa join dan menang iPad Mini.
Kalau korang taknak, bagi kat saya je ok!

Lupa plak, thanks sebab belanja makan ye.
Suka!
Ini gambar paling best! Henry ngusik Mira
Meja paling banyak makan!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe