COPY

The Conjuring : The Review

8:00 AM

Selain suka menonton wayang-wayang berkenaan superhuman dan galaxy adventures, saya juga gemar menonton/ membaca/ mendengar kisah-kisah seram.

Poster yang ngeri
Apabila dijemput oleh Nuffnang untuk menonton Premiere Screening bagi cerita The Conjuring, tanpa teragak-agak saya bersetuju.

The Conjuring ini adalah berdasarkan kisah benar hasil siasatan oleh Ed dan Lorraine Warren, ahli pengkaji aktiviti paranormal yang terkenal. Mereka telah terlibat dalam banyak kes paranormal dan kes ini dianggap terlampau menyeramkan sehingga mereka terpaksa mendiamkannya.

SINOPSIS
Keluarga Perron
Keluarga Perron telah berpindah ke rumah ladang yang lama di Rhode Island. Pada hari pertama, anjing mereka terpaksa diikat di luar rumah kerana tidak mahu masuk ke dalam rumah dan asyik menyalak.
Ed dan Lorraine menjalankan penyiasatan
Lima anak gadis Perron bermain sembunyi yang digelar "Hide and Clap" dan secara tidak sengaja terjumpa laluan ke ruang bawah tanah yang dipenuhi perabot-perabot lama.
Gangguan pada anak-anak Perron
Apabila bangun keesokan pagi, didapati terdapat kesan-kesan lebam di badan Carolyn (ibu) dan anjing mereka juga telah mati. Apabila bersendirian di rumah bersama anak bungsunya, Carolyn mendapati seakan-akan ada orang lain yang berada di rumah itu dan anak bungsunya bercakap dengan seseorang yang dikenali sebagai Rory.
Lorraine cuba berhubung dengan Rory
Serangan entiti gelap terhadap keluarga Perron bermula dengan serangan mahkluk wanita tua kepada anak sulung beliau.
Pertemuan pertama Warren dan Perron
Setelah tidak bertahan dengan serangan itu Carolyn memohon bantuan daripada Ed dan Lorraine untuk menyiasat kejadian-kejadian aneh di rumah mereka.
Lokasi Bathsheba menggantung diri
Lorraine dapat merasakan bahawa terdapat roh-roh jahat dan entiti hitam yang telah melekatkan dirinya kepada keluarga Perron dan berniat tidak baik terhadap keluarga itu.
Lorraine berkeras untuk membantu tetapi Ed agak keberatan untuk melibatkan Lorraine memandangkan beliau mudah terkena gangguan setiap kali penyiasatan mereka.
Patung berhantu Annabelle dan roh Bathsheba mengusik anak Ed dan Lorraine Warren
Ed dan Lorraine bersetuju membantu dan mencuba mendapatkan bukti kukuh bagi mendapatkan kebenaran dari Vatican untuk melaksanakan exorcism di rumah tersebut.
Carolyn yang telah dirasuk
Pelbagai kejadian ngeri dan aneh yang terjadi di sekitar rumah itu dirakam dan diserahkan kepada gereja berhampiran.


Walau bagaimanapun, kelulusan daripada Vatican akan mengambil masa dan roh jahat yang dikenali sebagai Bathsheba telah merasuk Carolyn.


Bathsheba dipercayai adalah seorang ahli sihir yang telah mengorbankan anaknya yang berusia 7 hari dan menyumpah akan membunuh sesiapa sahaja yang menduduki tanah beliau sebelum dia membunuh diri.

Carolyn diheret ke ruang bawah tanah
Roh Bathsheba yang merasuk Carolyn juga cuba untuk mengorbankan anaknya.

Adakah Lorraine cukup kuat untuk menangani serangan kali ini?
Kenapa Bathsheba begitu berdendam kepada keluarga Perron?
Siapakah Rory?
Berjayakan Ed dan Lorraine menyelamatkan keluarga Perron daripada menjadi mangsa kepada Bathsheba?

Penilaian terhadap The Conjuring :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Jalan penceritaan yang padat dan tersusun. Walaupun saya menganggap diri saya seorang yang agak berani, tetapi garapan jalan cerita The Conjuring menyebabkan saya menjadi seram sepanjang tayangan.

Penghayatan : 5.0/5.0. Lakonan memang terbaik. Penghayatan adalah terbaik juga. Jeritan sentiasa kedengaran di sepanjang tayangan kerana memang sangat menyeramkan.  


Will I watch it again 
: YES! and I will buy the DVD too. Tapi akan tonton waktu siang sahaja.




Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. seram ke? tak jadi nak tengok.. mesti tak tidur malam nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seram @Rozita
      Sampai saya peluk kaki dalam cinema..
      Hewheheh

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe