Red 2 : The Review


Terima kasih ChurpChurp sebab menjemput saya menonton premiere screening untuk Red 2.
R - Retired
E - Extremely
D - Dangerous
So, kita tau la kan wayang nie pasal hero-heroin yang menjangkau usia warga emas.
Saya suka sebab stunt dia pada yang pertama adalah menakjubkan!

SINOPSIS
Frank Moses dan Sarah Ross kini mencuba untuk menjalani hidup normal sebagaimana pasangan yang lain.
Victoria sedang menghapuskan bukti tugasan beliau
Semua itu berubah apabila Marvin mencari Frank semula dan memaklumkan bahawa mereka telah dituduh sebagai pengganas nuklear dan sangat dikehendaki oleh semua pihak.

Frank tidak mempercayai Marvin dan cuba melarikan diri agar boleh menjalani kehidupan yang biasa.
Cubaan Han untuk membunuh Frank dan Marvin
Marvin dan Frank melarikan diri dari tembakan Han

Selepas kejadian kenderaan Marvin diletupkan, Frank ditangkap serta disoalsiasat dan ketiga-tiga mereka hampir menjadi mangsa bunuh, Frank terus berubah dan mula mencari cara untuk melarikan diri.

Cubaan Victoria untuk membunuh Frank dan Marvin
Apabila Victoria memaklumkan bahawa MI6 telah menawarkan kontrak kepadanya untuk membunuh Frank dan USA telah mengupah Han untuk membunuh Frank dan Marvin, Frank terus menjadi serius dan cuba merungkai punca masalah yang melibatkan dirinya itu.

Untuk berbuat demikian, Frank dan Marvin terpaksa bergabung dengan Victoria dan mencuba menjejaki punca masalah yang dikenali sebagai alat nuklear Nightshade itu ke merata dunia.
Miranda bertemu dengan kumpulan Frank di Russia
Kunjungan ke Russia menemukan Frank dengan Miranda Wood, ejen Russia yang pernah menjadi kekasih Frank dan digelar sebagai kriptonit kepada Frank.
Miranda merubah penampilan diri
Sarah yang merasa terancam dengan kehadiran Miranda bertindak merubah penampilannya dan juga perwatakannya agar lebih menarik perhatian Frank.

Aksi stunt Victoria bersama Han dalam kereta
Pencarian kumpulan ini berakhir dengan penemuan Dr Bailey yang disangkakan telah dibunuh tetapi sebenarnya telah dikurung selama 32 tahun. Tetapi Dr Bailey mempunyai ingatan yang tidak jelas dan kadang-kala merapu.

Adakah Dr Bailey dapat menunjukkan di mana letaknya Nightshade?
Apakah Sarah dapat mengatasi Miranda dalam perebutan Frank?
Dapatkah Han membunuh Frank yang merupakan musuh ketat beliau?

Penilaian terhadap Red 2 :
Plot penceritaan : 4.5/5.0. Jalan penceritaan yang jelas dan tidak melalut. Tetapi penekanan kepada pembangunan watak-watak baru agak menjejaskan elemen aksi yang pernah hadir dalam siri terdahulu. Watak Victoria hanya hadir di dalam beberapa babak dan tidak sehebat siri terdahulu. Tetapi babak stunt menggunakan kereta berpusing adalah babak terbaik Victoria. Frank juga seakan-akan perlu Retired sebab penekanan lebih kepada beliau mencuba untuk membaiki hubungannya dengan Sarah.

Penghayatan 4.5/5.0. Penghayatan pelakon-pelakon veteran yang terlibat tidak dinafikan adalah terbaik tetapi agak kurang bersahaja.  


Will I watch it again 
Saya akan membeli DVD nya.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

0 Comments