Monsters University : The Review

8:30 AM

Super cute
Masih ingat lagi tak Sulley dan Mike beberapa tahun yang lalu?
Monsters Inc. kan?
Nie kira macam prequel nie la kan

Thanks to Nuffnang sebab bagi tiket untuk menonton premiere kartun yang kawaii nie!

SINOPSIS
Prequel ini mengisahkan perjalanan hidup Mike Wazowski (Mike) dan James P. Sullivan  (Sulley) sebelum mereka menjadi scarers duo yang terunggul.
Kejadian yang merubah masa depan Mike. Apakah kejadian itu?
Mike telah menyimpan cita-cita untuk menjadi scarer yang terunggul semenjak kecil. 
Walaupun kecil dan rendah, keupayaan berfikir dan kepintaran Mike berjaya menempah laluan untuk ke Monsters University yang dianggap universiti terulung dalam dunia scaring.
Mike yang cute pada hari pertama di MU
Sebaik mendaftar masuk di asrama yang dikongsinya bersama Randy, Mike tanpa membuang masa mencari kumpulan pelajar untuk disertai.
Di sini, dia bertemu dengan Greek Council yang mengumumkan Scare Games iaitu pertandingan yang menentukan kumpulan fraterniti scarer teragung di kampus.

Apabila masuk ke kuliah pertama, Mike telah bertembung dengan Sulley. Semenjak dari titik itu, Mike dan Sulley seakan menjadi musuh dalam diam.
Ini kerana Mike mempunyai kepintaran dan berjuang sepenuh tenaga untuk mendapatkan gelaran scarer manakala Sulley hanya menggunakan fizikalnya dan nama baik keluarganya untuk mengejar gelaran scarer.
Dean Hardscabble yang scary!
Dean Hardscabble memaklumkan bahawa pada penghujung semester, tidak semua pelajar akan mendapat peluang untuk menjadi scarer berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Apabila tiba di hujung semester, semua pelajar dikehendaki menjalani scaring test. 
Sulley didapati gagal kerana tidak berupaya menilai situasi dengan baik.
Mike juga gagal kerana dia didapati langsung tidak menakutkan.

Ketika tiba Scare Games, Mike mendapati bahawa dia masih boleh membuktikan dirinya dengan menyertai sebuah fraterniti (Oozma Kappa) dan memenangi pertandingan itu.
Oleh kerana kekurangan ahli, Mike bersetuju mengetepikan perasaan amarahnya dan menerima Sulley untuk menyertai Scare Games.
Pertaruhan di antara Mike dan Dean Hardscabble
Mike juga telah membuat pertaruhan dengan Dean Hardscrabble bahawa jika mereka menang dalam pertandingan tersebut, dia dan kesemua ahli fraternitinya dibenarkan untuk meneruskan pengajian mereka dalam scaring.
Apa yang Oozma Kappa lakukan sehingga mereka hampir ditangkap polis?
Pertandingan ini telah menguji kekuatan fraterniti Oozma Kappa dan juga kemampuan Mike dan Sulley untuk saling bertolak ansur.

Mampukah Mike dan Sulley mengubah Oozma Kappa yang dianggap corot untuk menjadi fraterniti yang terunggul?
Mampukah Mike dan Sulley bertimbang rasa dan bertolak ansur bagi mencapai cita-cita masing-masing?
Apakah Mike akan memenangi pertaruhannya dengan Dean Hardscrabble?

Penilaian terhadap Monsters University :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Plot penceritaan yang lancar dan ringan. Banyak babak lucu yang menyebabkan kita tidak kering gusi sepanjang tayangan tersebut. Dan kita akhirnya mengetahui asal usul kisah Mike dan Sulley.

Penghayatan 5.0/5.0. Kartun Pixar dan Walt Disney y'all! Need I say more!  


Will I watch it again 
Yes I will! Wajib tengok 3D!



Haiqal Rawlins 

012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

You Might Also Like

2 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe