Dead Man Down : The Review


An eye for an eye, a tooth for a tooth.

Pernah dengar perumpamaan ini?

Thanks to Churp-Churp sebab bagi iols invitation untuk Churpremiere nie.

SINOPSIS
Victor merupakan seorang ahli kongsi gelap yang diketuai oleh Alphonse Hoyt.
Alphonse mula merasakan bahawa kedudukan kumpulannya semakin terancam apabila dia kerapkali menerima ugutan dari individu yang tidak dikenali.
Alphonse mula mengesyaki saingannya dan bertindak dengan memusnahkan kumpulan saingannya tetapi ugutan masih diterima oleh beliau.
Alphonse menghapuskan saingannya
Beatrice pula merupakan jiran kepada Victor yang pernah menyaksikan Victor membunuh seseorang di dalam rumahnya.
Berbekalkan maklumat yang ada pada dirinya, Beatrice mengugut Victor untuk melunaskan dendamnya terhadap seseorang, yang mana jika Victor engkar, Beatrice akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
Beatrice dan Victor
Beatrice dalam diam mula mengikuti jejak langkah Victor dan tanpa disedari telah mula menyimpan perasaan terhadap Victor.
Tetapi Victor mempunyai rahsia dan dendam peribadi yang perlu dilunaskan.
Victor juga ingin mengelakkan diri daripada merasa 'romantically linked' terhadap insan lain selepas kejadian silam yang pernah menimpa beliau.
Penculikan yang membawa kepada kematian

  • Siapakah yang menghantar ugutan kepada Alphonse dan lain-lain kongsi gelap sehingga menyebabkan pertumpahan darah di kalangan kongsi gelap?
  • Apakah rahsia dan dendam Victor sehingga dia menjauhkan diri dari Beatrice?
  • Adakah Beatrice akan berjaya mengaut cinta Victor?
  • Siapakah Victor?


Itu adalah di antara persoalan yang bakal dirungkai di dalam wayang ini.

Penilaian ials terhadap Dead Man Down :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Penceritaan yang jelas berkenaan perkaitan di antara Victor, Alphonse dan Beatrice. Ada kalanya perkisahan cinta di antara Beatrice dan Victor menjadi sedikit berat dan melalut tapi still jalan cerita yang bagus.  

Penghayatan : 4.8/5.0. Penghayatan yang bagus dan superb oleh setiap pemegang watak, sampai ke watak sampingan. Terrence Howard sebagai antagonis juga menjadi walaupun dia sering melakonkan watak yang baik-baik je. Noomi Rapace juga menjadi sebagai wanita cacat yang berdendam. Colin Farrell as a bad boy always works!
 

Will I watch it again 
: Will be buying the dvd untuk tontonan di rumah


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments