Chernobyl Diaries : The Review


Selasa lepas, ials pergi tengok Premiere Secreening of Chernobyl Diaries ngan kengkawan

Thanks to Nuffnang and Churp Churp sebab bagi tiket lagi kat saya

Wah! Asyik dapat tiket je kau...

Kalau nak, daftar la kat
<< Nuffnang >>
<< Churp Churp >>


Sepertimana yang dinyatakan oleh poster di atas, pengarahnya adalah Bradley Parker yang mengarah cerita Paranormal Activity bersama Oren Peli. So, konsep sinematografi dia menggunakan first-hand camera la kan.

Bezanya di sini, ceria ini bukannya berdasarkan rakaman peserta tetapi rakamannya menyebabkan ials pening sepanjang movie sebab bergerak dalam keadaan kelam kabut.
Uals saksikan sendiri then uals tau apa yang ials maksudkan.


Couples yang kononnya suka extreme tour
Movie nie berkenaan tiga pasangan kekasih yang menyertai pelancongan extreme ke Prypiat, sebuah bandar yang terletak di dalam kawasan kejadian malapetaka letupan Chernobyl Nuclear Plant. 

Kenapa ntah diorang nie nak melawat ke kawasan yang sebegini pun aku tak paham.

Apabila laluan utama dihalang dan mereka tidak dibenarkan masuk, Yuri, pemandu pelancong bertugas, membawa mereka masuk juga ke dalam The Zone melalui laluan lain yang tidak dijaga.

Awal-awal lagi dah ada aksi yang mendebarkan. Ada la dalam dua atau tiga scenes yang boleh menyebabkan uals terjerit.

Kumpulan nie sampai la di kawasan perumahan yang ditinggalkan dan mereka mula meneroka. Tengok kawasan bawah tanah la, kawasan perumahan la, kawasan permainan la.


Lepak dalam van, menunggu masa
Then Yuri ajak diorang balik.
Tapi, van plak tak boleh start sebab kabel kena gigit oleh sesuatu. 

Oleh kerana hari semakin malam, diorang pun bersetuju untuk bermalam di dalam van tersebut.

Apabila kedengaran bunyi-bunyi yang pelik, Yuri pun keluar dari van untuk menyiasat dan diikuti oleh Chris. Di sini segalanya bermula.

Chris kembali ke van tanpa Yuri dalam keadaan kaki beliau yang patah dan berdarah.
Semua ketakutan dan mengambil keputusan untuk bermalam di dalam van sehingga siang.

Apabila siang, cliche cerita seram, Paul, Michael dan Amanda bercadang mencari Yuri manakala Chris dan Natalie tinggal di dalam van.
Mayat Yuri ditemui dalam keadaan hancur dan ketiga-tiga mangsa bertembung dengan sekumpulan manusia mutant.


Korang berani tegur ke kalau jumpa budak kecil waktu malam begini?
Bermula dari sini, banyak adegan ngeri dan mengejutkan berlangsung sepanjang movie.

Adegan di mana mangsa melarikan diri daripada manusia mutant ini memang banyak mengundang jeritan kecil di kalangan penonton.

Tetapi malangnya, manusia-manusia mutant ini tidak digambarkan dengan terang sepanjang cerita ini.

Penilaian ials terhadap Chrenobyl Diaries 

Plot : 4.3/ 5.0. Sekadar untuk tontonan dan hiburan sahaja. Plot cerita yang agak menarik kerana penghujungnya yang twisted
Penghayatan watak : 4.3/ 5.0. Mungkin kerana ada sebahagian daripadanya pelakon yang kurang terkenal dan masih baru, penghayatan watak adalah agak baik. Cuma adakalanya, skrip seakan tidak jive dengan situasi.
Will I watch it again : Possibly, I will buy a DVD.

CONTACT ME TO ADD YOUR MONTHLY INCOME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

0 Comments