Abraham Lincoln, Vampire Hunter : The Review



Last Tuesday, ials dapat jemputan pergi tengok Abraham Lincoln, Vampire Hunter kat GSC One Utama
Thanks Nuffnang sebab bagi tengok premiere screening

Meh citer sikit pasal filem nie
Filem ini adalah arahan bersama Timur Bekmambetov dan Tim Burton, so uals boleh expect some beautiful make-up effects la kan. Filem ini pula bernilai $70 juta.
Barisan pelakon plak adalah seperti berikut :
  • Benjamin Walker as Abraham Lincoln, the 16th President of the United States.[2]
  • Dominic Cooper as Henry Sturges, Lincoln's mentor in vampire hunting.
  • Anthony Mackie as William Johnson, Lincoln's valet and friend.[3]
  • Mary Elizabeth Winstead as Mary Todd Lincoln, Lincoln's wife.[4]
  • Rufus Sewell as Adam, the lead vampire villain.[5]
  • Marton Csokas as Jack Barts, a vampire.
  • Jimmi Simpson as Joshua Speed, Lincoln's friend and assistant.[6]
  • Erin Wasson as Vadoma, a vampire.
Citer nie bermula dari zaman kecil Abraham (Abe) yang sentiasa memperjuangkan kemerdekaan orang kulit hitam. Dek kerana perbalahan dalam menyelamatkan sebuah keluarga kulit hitam daripada disiksa, ayah Abe telah dibuang kerja dan ibunya pula telah menjadi mangsa perbalahan tersebut dengan majikannya, Jack Barts.

Jack Barts adalah vampire dan dia telah membalas dendam kepada keluarga Abe dengan menggigit ibu Abe sehingga dia meninggal.
Abe yang telah menyaksikan kejadian di mana ibu nya diserang telah menyimpan dendam untuk membunuh Jack Barts. Hanya selepas kematian bapanya baru Abe berani mengambil tindakan. 

Tindakan beliau ingin membalas dendam telah menyebabkan beliau dibelasah separuh mati oleh Jack Barts dan jika tidak kerana kehadiran Henry Sturges, beliau mungkin telah mati di tangan Jack Barts.

Henry telah melatih Abe untuk menjadi vampire hunter dan menghantar Abe ke Springfield dalam misi membunuh vampire yang menetap di sana. Pada siangnya Abe bekerja di sebuah kedai,manakala malamnya Abe akan menjalankan misi menjejak dan membunuh vampire  sepertimana diarahkan oleh Henry.

Abe telah jatuh cinta kepada Mary dan akhirnya berkahwin. Beliau juga telah mendalami ilmu perundangan dan bercadang untuk menjadi seorang pengamal perundangan.
Tetapi ketua kumpulan vampire  iaitu Adam berdendam terhadap Abe kerana telah membunuh banyak kaumnya. Di sini bermula aksi pertarungan di antara Abe dengan vampire  di bawah kuasa Adam dan Vadoma.
Setelah berjaya menyelamatkan sahabatnya, William daripada culikan Adam, Abe telah melibatkan diri di dalam politik dan akhirnya memutuskan untuk menghentikan tindakannya memburu vampire.
Keadaan selamat sehingga beliau menjadi Presiden dan telah dianugerahkan anak lelaki. Amerika terlibat dalam perang saudara dan apabila mendapat khabar dari medan perang bahawa mereka berdepan dengan pasukan tentera yang tidak boleh mati, Abe menyedari bahawa dia berhadapan dengan tentera vampire.

Abe masih tidak melakukan apa-apa sehingga anak lelaki tunggal beliau menjadi mangsa kepada Vadoma. Ini menyebabkan Abe menjadi sangat marah dan mengisytiharkan perang terhadap vampire dan telah mengarahkan pengumpulan barang-barang perak untuk dijadikan senjata menentang pasukan tentera vampire.

Penilaian terhadap AL : Vampire Hunter

Penceritaan : Jelas. 4.3/ 5.0
Penghayatan : 4.5/ 5.0
Adakah berbaloi ditonton semula : Cukup sekali sahaja tetapi akan membeli DVD untuk tontonan di rumah.

p/s : Menakjubkan apabila sejarah boleh dijadikan movie sebegini. Wonder how kalau Malaysia buat gak sejarah diolah sebegini rupa? Macam mana la rupa hantu-hantu yang muncul kan. Adakah toyol, pontianak, pocong, hantu kopek, hantu penanggal akan kelihatan?






Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com