COPY

The Cabin In The Woods : The Review

9:00 AM


Weeeeeeee!
Ari tu ials dapat invite dari Nuffnang untuk pergi tengok premiere screening tapi tak dapat pergi sebab coincide dengan acara lain
Sumber : Google
So, ials yang memang gile movie nie pun mencari-cari waktu senggang untuk menonton citer The Cabin In The Woods nie

Filem seram arahan Drew Goddard nie mengisahkan berkenaan percutian lima sekawan ke rumah terpencil di dalam hutan
Mereka tidak menyedari bahawa setiap jejak langkah mereka telah diperhatikan semenjak mereka meninggalkan rumah, menuju ke kawasan percutian di tengah hutan
Pada awalnya ials tak berapa faham apa kaitan di antara makmal dan juga remaja-remaja nie
Lima remaja yang ingin bergembira di dalam hutan (Sumber : Google)
Setibanya lima remaja nie di rumah tersebut, Dana (Kristen Connolly), Curt (Chris Hemsworth), Jules (Anna Hutchison), Marty (Fran Kranz), and Holden (Jesse Williams) tidak  menyedari bahawa pergerakan mereka dirakam dan dipantau di segenap inci rumah tersebut oleh pasukan saintis

Kemudiannya mereka terjumpa bilik bawah tanah yang terdapat banyak artifak lama
Masing-masing terpesona pada satu benda yang menarik perhatian masing-masing
Dana pula telah terjumpa sebuah diari lama dan membaca inksripsi di dalam bahasa Latin
Tanpa beliau sedari, inksripsi itu telah membangkitkan sekumpulan zombi yang bergerak ke arah rumah untuk membunuh mereka

Curt dan Jules telah keluar rumah untuk memadu asmara tetapi telah terserempak dengan zombi tersebut dan Jules telah mati dibunuh dengan kejamnya oleh zombi itu
Curt yang berjaya melarikan diri telah berlari semula ke rumah dan bermulalah operasi untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kepada zombi-zombi tersebut
Dalam usaha melepaskan diri, Marty telah ditangkap oleh zombi dan Curt pula telah mati ketika cuba melompat merentasi gaung dan terlanggar pada dinding yang lutsinar
Ketika Holden dan Dana cuba melarikan diri semula ke rumah dan mencari jalan keluar yang lain, Holden juga telah dibunuh oleh zombi yang telah menyelinap masuk ke dalam kenderaan mereka lalu menyebabkan kenderaan itu terjunam ke dalam sungai
Dana berjaya melepaskan diri tetapi ditemui oleh zombi lain ketika di tebing
Marty yang masih hidup telah membantu menyelamatkan Dana dan mereka pun melarikan diri ke dalam sebuah kubur yang bersambung dengan pusat kawalan saintis ini

Apa kaitan pusat kawalan dengan rumah misteri ini?
Apa kaitan rumah misteri dengan zombi plak?

Yang paling best dalam citer ini adalah watak-watak monsters dia
Banyak giler! 

Review ials pada kali ini

Penceritaan : 4.3/5.0
Penghayatan : 4.5/5.0

Worth going for

CONTACT ME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : loving.hate78@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

2 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe