Mati? Hidup?


Seronok kan bila bulan puasa tiba?
Seronok menjelajah bandar, pekan dan desa mencari lauk kegemaran di param-param yang ada
Juga tidak lupa menjelajah masjid untuk bersolat dan berterawih

Best kan?
Bukannya selalu, idok gitu?

Dijadikan cerita la kan...
Pagi tadi ials pergi meeting kat KL nie...
Dekat nak sampai destinasi, ials nampak ada roadblock
Ials tak heran pun sebab ials tak salah apa pun kan
Kebetulan tempat park ke meeting tu terletak sebelum roadblock so ials pun park kereta di situ
Sambil berjalan menuju ke lift tu terdetik hati ials nak check license ials...

HAH!!!!!! MAMPUS!!!!

Mati lah ials balik meeting kalau ada roadblock lagi....Tapi takpe....roadtax ials mati 26 Ogos 2011...

O M A
Tu pun bulan nie gak!!!!!
Aiyoh!!!!
Banyaknya benda nak kena renew nie....




Apalah ertinya bonus yang baru diterima itu?
Tidak boleh untuk ials enjoykan sehabis jiwa....
MySpace

Luckily...
Takde roadblock on the way back to the office
Ials terus pegi post office untuk renew license...
Roadtax plak esok ials uruskan dengan agen...

Ini adalah rupa baru license ials

Hah!
Uals semua dah hidupkan apa yang perlu dihidupkan sebelum balik beraya nie?
Jangan lupa renew roadtax, renew license dan service kereta before balik kampung tau...
Beriya kan...baru dua minggu puasa...
Sekadar mengingat jer...
Oh ye...
Jangan jadikan jalan raya tempat berlumba di musim perayaan ini ok...*ala-ala iklan di TV tu*
Orang nak pergi beraya bukan nak pergi kenduri arwah...
Daaaaaa.....


Post a Comment

0 Comments