Cawangan kedua ArRahnuKita oleh KOPETRO dibuka di Bangi


Cawangan kedua ArRahnuKita oleh KOPETRO dibuka di Bangi | Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) baru sahaja merasmikan pembukaan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai mereka, ArRahnuKita di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi pada 12 Mei 2023 yang lepas. Cawangan ini yang telah mula beroperasi semenjak 28 Februari yang lalu merupakan cawangan kedua perkhimatan pajak gadai patuh syariah milik koperasi tersebut. Cawangan pertama bertempat di Sungai Besi. 

ArRahnu Kita, Kopetro Berhad, Bangi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Pada hari perasmian tersebut, Encik Roslan Abdul Rahim, Pengerusi KOPETRO berkata "Setelah tercapainya objektif KOPETRO untuk mengoperasikan sebuah perkhidmatan pajak gadai ArRahnuKita tahun lalu, Alhamdulillah, kita berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan hari ini dengan perasmian cawangan kedua perniagaan ini. Masyarakat kini lebih peka dan menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan emas. Melihat kepada situasi semasa, di mana dunia sedang menghadapi kenaikan kadar inflasi yang semakin membimbangkan, emas menjadi jalan penyelesaian terbaik bagi orang ramai untuk membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan."

Pada majlis perasmian tersebut yang turut dihadiri anggota-anggota Lembaga Koperasi, perwakilan-perwakilan, anggota-anggota Jawatankuasa Audit Dalaman dan barisan pengurusan KOPETRO, beliau menyambung bahawa kejayaan membuka cawangan kedua ini membuktikan tahap komitmen KOPETRO kepada anggota koperasi dalam memberikan pulangan dividen yang lebih lumayan. Malah, ArRahnuKita dalam cadangan untuk membuka empat lagi cawangan dalam tempoh terdekat dan sedang mencari lokasi yang sesuai untuk cawangan-cawangan tersebut. 

ArRahnu Kita, Kopetro Berhad, Bangi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Fakta berkenaan ArRahnuKita

  • ArRahnuKita adalah skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah dan cawangan pertama telah beroperasi semenjak 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. 
  • Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. 
  • Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama.
  • ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhadap masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin. 
  • ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima.

Tuan Haji Shamsurin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan, memaklumkan bahawa cawangan ArRahnuKita di Ampang juga telah memulakan operasinya pada bulan Mei ini. Inisiatif ini adalah dalam usaha untuk menjadikan ArRahnuKita sebagai sebuah perkhidmatan pajak gadai emas yang menjadi contoh kepada perkhidmatan ArRahnu yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama yang dipercayai ramai.

ArRahnu Kita, Kopetro Berhad, Bangi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Berita Menarik untuk Pelanggan ArRahnuKita

Buat semua pelanggan ArRahnuKita, kini semua berpeluang memenangi bar atau wafer emas, selepas tempoh enam bulan, apabila mencagar emas dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang pelanggan bertuah bakal memenangi cabutan bertuah dimana pengumuman pemenang diadakan secara bulanan bermula Julai 2023. 

Lagi menarik, ArRahnuKita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.

ArRahnu Kita, Kopetro Berhad, Bangi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
ArRahnu Kita, Kopetro Berhad, Bangi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Terbaik kan peluang yang ada di ArRahnuKita?

Untuk promosi dan kadar emas terkini dan sebarang perkembangan lanjut berkenaan ArRahnuKita, layari laman media sosial rasmi ArRahnuKita

Laman Web | Facebook | Instagram

Talian Hotline:  +603-90559839 (Sungai Besi) | +603-89204518 (Bangi) 

#ArRahnuKita #KopetroBerhad #Bangi #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM



Post a Comment

0 Comments