Dustakan Cinta Kelly Azman | Siapa yang tak kenal penghibur serba boleh, Kelly Azman?

Terkini Kelly Azman turut sama merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan keseorangan.
“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula sukamuntuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada mereka yang mengikuti perkembangan saya. Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan berpengalaman” kata Kelly.
Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup. Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.
Video Muzik Dustakan Cinta
Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.
Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan selesai dalam tempoh yang dirancang.

“Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga yang tidak menentu. Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini. Sebagai contoh ada babak tertentu saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun.” katanya lagi.
Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon, malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air.
Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam.
Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production Sdn Bhd.
Lirik Dustakan Cinta
Kamu Bagaikan Jiwa
Ku Kasih
Menemani Aku
Selalu
Tapi Engkau
Berpaling Dari Ku
Meninggalkan Ku
Dalam Rindu
Sampainya Hati Mu
Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku
Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Kamu Bagai Pelita
Ku Kasih
Menerangi Tiap
Waktu Ku
Tapi Engkau
Mendustakan Aku
Melenyapkan Kasih
Ku Pada Mu
Sampainya Hati Mu
Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku
Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Suratan Takdir Ku
Mengapa Dustakan
Janji Mu Yang
Pernah
Kau Lafazkan
Hu... Sampainya
Hati Mu Oh Kasih
Membuang Diri Ku
Dari Mu
Hilang Arah Ku Tanpa Diri Mu
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku
Adakah Ini Suratan
Takdir Ku

#KellyAzman #DustakanCinta #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com