Tontoni Animasi Kisah Nabi di Nurflix


Tontoni Animasi Kisah Nabi di Nurflix | Ada tak peminat animasi kat sini? Mesti ramai kan. Rawlins salah seoang peminat animasi gak. Nie nak habaq sikit pasal animasi gak.

Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Bermula 10 ogos yang lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah telah mula dipertontonkan kepada umum dan rata-rata merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga. Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa sangat bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. 

Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri ini,, menurut Diana Amir dan Fara Fauzana.

Menurut Diana Amir  

  1. Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat mempelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan memandangkan Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab.
  2. Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuat penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri. Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan. Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya.
  3. Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21Al-Ahzab "Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik"
  4. Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahui perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.

Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Akan datang, bakal dipertontonkan di Nurflix adalah siri tentang Nabi Adam AS (penghujung Ogos), Nabi Nuh AS (penghujung Ogos), Khalilullah, Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober). 

Menurut Fara Fauzana

  1. Kisah-kisah Nabi yang menarik tentang Habibullah dan Kalimullah.
  2. Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan. 
  3. Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. 
  4. Kita akan teringat balik apa yang kita pernah baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca semula, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca. 

Tentang Siri Animasi Habibullah dan Kalimullah

Pengarah: Ahmed Hassan
Penerbit: Ahmed Taha

Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Siri animasi Habibullah ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan. 

Bahagian pertama kisah ini bermula dari period sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah. Kemudian penghijrahan ke Madinah dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar berakhir. Siri ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala Nabi.

Tentang Siri Animasi Kalimullah

Pengarah: Ahmed Hassan
Penerbit: Ahmed Taha

Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Animasi, Nurflix, Kisah Nabi, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut 'Speech of God'. Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir. Kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.

Sarikata Bahasa Melayu oleh Medatta International (M) Sdn Bhd. 

Jangan lupa muatturun Nurflix di Apple AppStore dan juga Google Playstore atau layari https://nurflix.tv/ dan langgan untuk dapatkan kandungan Islamik yang menarik.

#Animasi #Nurflix #KisahNabi #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM


 



Post a Comment

0 Comments