Air dicincang takkan putus


Benarlah perumpamaan orang tua-tua
Air dicincang manakan putus
Carik-carik bulu ayam bercantum jua

Itulah antara bidalan/ perumpamaan bahasa yang digunakan untuk menggambarkan perhubungan persaudaraan
yang mana bermaksud tali persaudaraan tidak akan terputus walau apa pun berlaku
it is true
ever so true

Sebagai anak sulung dalam keluarga, ada banyak tanggungjawab yang kena diselesaikan
betul, itu bukanlah wajib buat tapi kalau dah tanggungjawab seeloknya kita laksanakan, betul tak?

Macam ials nie
Anak sulung, duduk jauh dari family
Banyak benda yang ials tak selesaikan lagi untuk family
Rumah? Rumah tak siap lagi untuk my parents. Sabar ye....insyaAllah, 2 bungalow single storey tu milik kita jua akhirnya
Adik-adik? Alhamdullilah, semua dah abis belajar dan dah keja
Cucu? My parents dah ada 1.5 cucu...cukup lah...takyah la tunggu ials ye...

Senangkan hati mak ayah? Ini tanggungjawab paling sukar untuk diselesaikan. I think I have tried my best to make it happen but only Allah swt knows. Setakat ni rasanya tak banyak la parents ials komplen tapi kita tak tau hati orang tua kan...
Pastu, adik-adik nie pun nakal. Masing-masing buat hal masing-masing pastu buat hati parents sedey.
Sudahnya...ials kena jadi gam untuk lekatkan semula bahagian yang carik nie
Tu la...tanggungjawab besar tau anak sulung nie...
Kena banyak bersabar dan cepat mematangkan diri
Sabar? Not my best quality
Matang? Jauh panggang dari api..

Habis tu camne nie?
Haih!
Redha je la dengan apa yang ada...
Adik-adik...
Bantu abangmu ini untuk menggembirakan hati mak dan ayah ye
Diorang je yang kita ada..
Tanpa diorang siapalah kita...
Ingat yang itu...
Mana asal kita dan di mana kita sekarang adalah kerana titik peluh darah diorang
Let them enjoy their old age happily ok...
Love uals!
MySpace

Post a Comment

0 Comments