Amalan Yang Silap di Bulan Ramadhan

7:30 AM 10 Comments A+ a-

Eh Rawlins nie pun.
Dah nak habis puasa baru nak up post gini?

Saja je nak saling mengingatkan.
Itu lebih baik dari langsung tak buat kan?
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Sumber: Utusan
Ini bukannya hasil tulisan diri sendiri tapi daripada pembacaan di beberapa laman web dan rujukan kepada yang pakar ye. 

Mungkin dalam tidak sedar amalan-amalan tersebut mengurangkan pahala sedangkan kita merasakan kita sudah membuat yang terbaik. Jom sama-sama semak, takut ada yang tersilap ye.

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja dan bukan sebab uzur
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM

Ingat ye, sedangkan yang uzur pun perlu menjaga adab bila nak makan minum ye. Bukan tayang sesuka hati. Inikan pula yang sihat walafiat dan sengaja membatalkan. Hish. Nak kena cubit nie.

2) Tidak bersolat ketika berpuasa
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Eh. Dah kenapa pula tak solat? Patutnya dah boleh puasa, maka boleh la solat kan (provided hang dah siap mandi wajib ye). Bulan Ramadhan adalah bulan menambahkan pahala amalan kan. Kalau tak solat, makanya hanya dapat lapar dan dahaga je. Pahala maybe 0, maybe negative la (tu tak kira pula buat benda bukan-bukan kan seperti mengumpat etc)

3) Makan terlampau banyak ketika berbuka sehingga melambatkan solat
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Tau la makanan kat bazar Ramadhan atau buffet Ramadhan di hotel-hotel tu lazat belaka (mana hang tau - kan takleh rasa before berbuka?). Tapi jangan la nak 'balas dendam' dengan ambil segala yang ada depan mata. And since dah beli/ bayar, maka paksa diri untuk habiskan semua makanan di depan mata  tu. 

Ikutlah sunnah Rasulullah ﷺ  yakni hanya berbuka dengan 3 butir kurma dan segelas air dan boleh ditambah dengan makanan lain setelah mendahulukan solat Maghrib. Jangan la melantak sampai tak larat nak solat dan sekaligus melambatkan atau lagi teruk, terlepas solat Maghrib. 

4) I puasa maka I tak larat nak buat apa-apa pun
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Nie alasan paling kerap didengar kan. 'I tak larat nak buat apa-apa nie. I berpuasa.'
Tau kan yang bekerja itu sebahagian dari ibadah - maka bila dilaksanakan dengan fokus dan kecintaan, akan memberikan pahala. Lagipun sepatutnya di bulan Ramadhan, takde banyak godaan untuk menghalang fokus kerja, sewajarnya produktiviti meningkat.

5) Penjagaan aurat bagi wanita ketika solat di masjid
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Dah siap bertelekung nak pergi terawih? Terbaik. Tapi pastikan bukannya kain nipis atau menampakkan susuk badan ye. 
Satu lagi, aurat dan kaki tu terjaga tak? 

6) Tidak memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan berbuka
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat berkat di mana doa-doa hambaNya dimakbulkan. Antara waktu yang paling baik untuk berdoa adalah ketika berpuasa, ketika hendak berbuka dan ketika bersahur.

7) 'Bersahur' sebelum tidur atau makan di tengah malam
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Rawlins ingat lagi seorang alim ulama pernah menyebut 'Jika kamu makan sebelum tidur di tengah malam dengan niat untuk bersahur, itu bukannya bersahur. Itu adalah mengulang makan malam atau lebih dikenali sebagai moreh.'

Perkataan sahur itu bermaksud akhir malam atau sepertiga malam. Melewatkan sahur adalah sunat. Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah ﷺ , kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

8) Mengutamakan solat terawih berjemaah dan bukan pada solat fardhu
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Sumber
Adush. Terkena diri sendiri.
Ramai yang begini kan. Yang fardhu tidak dilakukan secara berjemaah. Hanya berjemaah ketika solat terawih kerana ianya hanya hadir di bulan Ramadhan. Nak tambah pahala kan? Maka, marilah kita berjemaah di semua solat. 

9) Berbuka dengan merokok/ vape, atau selain makan minum
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Ramai yang balas dendam merokok/ vape tatkala berbuka. Memasing tahu kan yang  ianya makruh, dan bahawa hukum merokok itu adalah haram di sisi Islam. Maka, eloklah berbuka dengan makanan yang halal ye. 

10) Tidur siang berlebihan kerana ibadah
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Yang ini berkaitan dengan perkara 4 tadi. Beberapa alim ulama berpendapat bahawa hadis yang mengatakan tidur di siang hari adalah hadis doif. Ramai yang melebihkan tidur di siang hari  sehingga terlepas peluang amalan lain termasuk solat fardhu.

11) Imsak adalah 'lampu merah' bagi sahur
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Imsak bukannya 'lampu merah' tetapi adalah 'lampu oren' untuk sahur. Ini bermakna waktu bersahur hampir tamat. Masih boleh bersahur apabila masuk waktu imsak, tapi ready to stop bila sudah masuk Fajar Sadiq @ Subuh. 

12) Tidak berzakat fitrah
Amalan di bulan Ramadhan. kesilapan amalan di bulan ramadhan, hukum tidak bersolat, Ramadhan, fadhilat puasa, Rawlins GLAM
Daripada Jabir, Rasulullah ﷺ bersabda: “Puasa Ramadhan tergantung antara langit dan bumi (tidak diangkat) melainkan selepas mengeluarkan zakat fitrah.”

Dah bayar zakat fitrah belum? Kadar zakat fitrah tiap seorang hanyalah kira-kira 2 sen sehari iaitu cuma RM 7 atau 2.67 kg makanan asasi. Zakat Fitrah bertujuan menyucikan setiap individu Islam supaya dirinya bersih seperti baru dilahirkan. Ramai yang sanggup berbelanja kepada perkara remeh dan sia-sia tetapi sangat kedekut bayaran fitrah sekali setahun itu.


So rerakan, sesama kita saling mengingati dan memperbetul amalan kita ye. Moga ibadah puasa kita diberkatiNya.

Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.


Rawlins GLAM
012.280.1977

10 GLAM People

Write GLAM People
Mahamahu
AUTHOR
Saturday, 25 May, 2019 delete

Insaf kejap kita bila baca status ni hehehe ada yang kita buat juga ni wakakakak thank sebab mengingati kita awak jom kita solat terawih sama2 hehehehe...

Reply
avatar
Sunday, 26 May, 2019 delete

Bagusnya rawlins bagi reminder ni. Kadang orang lupa jugak. Tambah lagi dulu selalu buat masa study. Cth makan sebelum tidur. Sepatutnya sahur dilewatkan. Ni makan awal sebab malas nk bgn lepas tu.

Reply
avatar
Zharif Azis
AUTHOR
Sunday, 26 May, 2019 delete

bagus betul reminder nie. rasa tertampar pada diri sendiri bila baca. nombor 3 dengan 4 tu selalu buat. bab solat terawih tu pon sama, org beriya nak solat berjemaah tp solat fardhu tidak.

Reply
avatar
Nadia Johari
AUTHOR
Sunday, 26 May, 2019 delete

yeahh kadang ada seetenagh perkara ni orang buat..ermm..lagi yang tak larat tu..apa la..duk baring je..buatla kerja sikit kan..

Reply
avatar
Hanny Abdullh
AUTHOR
Monday, 27 May, 2019 delete

Perkongsian yang bagus sangat ni, maklumlah..kadang-kadang sebagai manusia ni kita banyak terleka..so sesekali orang ingatkan kita baru le kita tersedar banyak kisahnya kita lakukan kesilapan dalam bulan Ramadan ni..terima kasih Rawlin ingat mengingatkan kita semua

Reply
avatar
Ruby
AUTHOR
Monday, 27 May, 2019 delete

Wahhh bagusnya info dari Rawlins. I like artikel macam ni. Dah lama Tak nampak artikel begini. Well done! Banyak amalan boleh dilakukan ketika bulan Ramadan. Tapi Ramai sambil lewa nak fahamkan kenapa mudah dapat pahala dan kenapa boleh kurang pahala. Simple thing yang Kita anggap relevan until pahala pun Kita takmo kumpul.

Ladang pahala ruby dah bertukar sejak berkeluarga. Tapi apa yang Rawlins share ni mesti dipraktiskan agar puasa penuh sepanjang Ramadan dan Aidilfitri lebih bermakna. Wallahualam.

Reply
avatar
Tengkubutang
AUTHOR
Monday, 27 May, 2019 delete

Bagusnya Rawlin share artikel macam ni.. terbaekk.. Moga dijadikan manfaat buat semua yang membaca.. TB pun turut samatambah ilmu disini.. thank you rawlins

Reply
avatar
Mimie
AUTHOR
Monday, 27 May, 2019 delete

Bagus perkongsian ni Rawlin. Saling ingat mengingati kepada kita semua .Tapi apa yang Rawlin kongsikan ni memang itu yang selalu orang kita buatkan. Nak nak makan dengan banyak lepas berbuka tu.

Reply
avatar
Farhana Jafri
AUTHOR
Tuesday, 28 May, 2019 delete

Rugi sangat kalau tidur sepanjang masa bila berpuasa sedangkan boleh spend time untuk baca alquran ataupun solat sunat. Terima kasih untuk peringatan ni rawlin, semoga ibadah puasa kita diterima!

Reply
avatar
Thirteen
AUTHOR
Wednesday, 29 May, 2019 delete

Ini baru2 a good share. Ramai yang salah faham tentang puasa ni. Dari kecik sampai ke besar je ada yang tak berubah.

Reply
avatar

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe