San Andreas - Movie Review


You cannot go wrong with Dwayne 'The Rock' in a movie. Plus the trailer have got me really excited to watch San Andreas.
San Andreas, Movie Review, Earthquake, Dwayne Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario, The Rock, Action
Poster San Andreas
SINOPSIS
Pakar Seismologi Caltech, Lawrence Hayes dan Dr Kim Park berjaya meramal gempa-gempa kecil yang dijangka akan menyebabkan meletusnya gempa bumi yang kuat. Namun, penemuan mereka sering dianggap tidak signifikan kerana gempa-gempa tersebut berskala kecil dan terpencil. Namun apabila terjadi letusan gempa yang besar dan memusnahkan Hoover Dam, orang ramai mula memandang serius penemuan oleh Lawrence. Berdasarkan penemuan dia, Lawrence menjangkakan bahawa pergerakan plat San Andreas yang boleh menyebabkan hempa bumi berskala besar dan bakal memusnahkan bandar-bandar di sepanjang laluannya.
San Andreas, Movie Review, Earthquake, Dwayne Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario, The Rock, Action
Emma and Ray trying to save their daughter
San Andreas, Movie Review, Earthquake, Dwayne Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario, The Rock, Action
The earth split into two
Ray Gaines adalah seorang penyelamat di Los Angeles Fire Department dan merupakan seorang duda. Bekas isteri (Emma) dan anaknya (Blake), meluangkan masa bersama keluarga teman lelaki baru Emma, Daniel. Apabila gempa bumi melanda Los Angeles, Emma yang sedang menikmati jamuan makan tengah hari bersama kakak Daniel, Susan terperangkap di tingkat teratas hotel. Namun, Ray berjaya menyelamatkan Emma dengan menggunakan helikopter penyelamat.
San Andreas, Movie Review, Earthquake, Dwayne Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario, The Rock, Action
Blake, Ben and Ollie in the midst of saving themselves
San Andreas, Movie Review, Earthquake, Dwayne Johnson, Carla Gugino, Alexandra Daddario, The Rock, Action
The huge tsunami
Blake yang menemani Daniel di ibu pejabat Daniel di Los Angeles pula terperangkap di dalam kereta dan ditinggalkan oleh Daniel bersendirian selepas gempa bumi melanda ibu pejabat tersebut. Selepas diselamatkan oleh Ben dan Ollie, Blake menggunakan pengetahuan keselamatan diri yang diajar oleh ayahnya untuk menyelamatkan mereka bertiga daripada menjadi mangsa gempa bumi yang melanda Los Angeles.

Pelbagai dugaan dan rintangan yang ditempuhi oleh semua individu ini untuk kembali bersatu.

Adakah Emma dan Ray berjaya menemui anak mereka, Blake di dalam kemusnahan Los Angeles?

Adakah Emma, Ray dan Blake akan berjaya menyelesaikan masalah yang menghantui keluarga mereka?

MY REVIEW
Plot : 4.9/5.0. Plot penceritaan yang tidak berat. Namun San Andreas dipenuhi dengan babak kekeluargaan mampu meruntun jiwa serta menyebabkan perasaan panik serta gemuruh menyaksikan babak kemusnahan.

Penghayatan : 4.8/5.0. Believable. Thumbs up to all actors. I almost cried watching a few scenes (babak bumi merekah, anak mati sapa tak menangis kan). But hey, that is just me. 

Will I watch it again : Yes, I would eben though I watched this one in 3D. And I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter


Post a Comment

0 Comments