Lain-Lain Tidak Relevan


Entry nie tiada kaitan dengan #CaliphBuskers atau #AJL29 ye.

Ini berkenaan penggunaan kategori "Lain_lain" #LainLain di dalam borang bagi menentukan bangsa individu yang mengisinya.
Lain-lain No More (source : Internet)
A video posted by Rawlins GLAM (@rawlins_glam) on
Sepertimana disebut di dalam Says.com yang mengisahkan berkenaan kelegaan penduduk Sabah dan Sarawak kerana akhirnya tidak perlu mengisi kotak 'Lain-lain" untuk menunjukkan bangsa mereka.

Being a Sarawakian myself, says juga mengalami kekeliruan ketika mengisi borang (semua borang). But being an Iban (termasuk kategori Bumiputra Sarawak), saya tidak mengalami banyak masalah ketika mengisi borang di Sarawak kerana ada ruangan untuk *Bumiputra Sarawak.
Tapi bayangkan di Sarawak dan Sabah, masing-masing ada lebih kurang 30 kaum etnik! Mesti anak-anak menjadi keliru ketika mengisi borang ketika di sekolah kan.
Happy ((Source : Says.com)
No more Lain-lain (Source : Says.com)
It is demeaning to be categorised as "Lain-Lain" (Source : Says.com)
Namun ketika ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran sehingga kini, saya masih mengalami sedikit rasa sedih kerana terpaksa menandakan kotak "Lain-lain" sebagai bangsa saya, kerana saya bukan Melayu, India atau Cina.

But that is me.
Am not a second-class citizen (Source : Says.com)
Cuba bayangkan keadaan sepupu saya.
Ibunya Iban, ayahnya Melanau. Kemudian dia berkahwin dengan Cina.

Bak kata Harith Iskandar, sewajarnya diletakkan hanya satu kotak untuk bangsa iaitu "Bangsa Malaysia".
Jika masih dikekalkan "Lain-lain", mesti anak sepupu saya tu menangis sebab dia dianggap Lain-lain = irrelevant!
So, tahniah kepada Sabah dan Sarawak for finally taking the brave act in uniting all the ethnic groups.

Hidup Bangsa Malaysia!
Bangsa Malaysia (Source : Says.com)


Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email



Post a Comment

0 Comments