Penamaan Semula Jalan Di Kuala Lumpur


Berdasarkan pengumuman pada laman web Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, beberapa jalan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dinamakan semula.

Penamaan semula ini mengambil nama raja-raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia.

Berikut adalah jalan-jalan yang terlibat di dalam langkah penamaan semula tersebut.
BIL NAMA JALAN SEDIA ADA NAMA JALAN BARU PANJANG JALAN (KM)
1 Jalan Duta Jalan Tunku Abdul Halim 4.3
2 Jalan Khidmat Usaha Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 1.243
3 Jalan Ipoh (Dari persimpangan Jalan Segambut hingga Persimpangan Jalan Pahang) Jalan Sultan Azlan Shah 2.5
4 Persiaran Duta Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin 1.764
5 Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin 1.132
6 Lebuhraya Mahameru Lebuhraya Sultan Iskandar 3.527
7 Persiaran Mahameru Persiaran Tuanku Ja’afar 1.852
8 Jalan Semarak Jalan Sultan Yahya Petra 1.918
Kerja pemasangan papan tanda nama jalan baru tersebut telah mula dijalankan bermula 26 November 2014 oleh DBKL.

Hurm.
Diharap agar Google Maps dan Waze dikemaskini dengan kadar segera.

Bagi insan yang hopelessly road-blind and very Google Maps dan Waze -dependant sepertimana saya, sekiranya Google Maps dan Waze tidal dikemaskini, confirm saya akan sesat.

Huhuhu.
A video posted by Faizdickie (@faizdickievp) on

Haiqal Rawlins 
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments