Suara Ku Bernafas - Bangsawan Merong Mahawangsa

8:00 AM

Bangsawan Merong Mahawangsa : Suara Ku Bernafas
Tinggi menggunung penghargaan saya kepada Cik Paris Ashiqin kerana sudi menjemput saya untuk menonton karya anak tempatan ini - Bangsawan Merong Mahawangsa : Suaraku Bernafas. Pada 10 Oktober 2014, saya berserta rakan-rakan blogger menerpa Auditorium Dewan Bandadaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menonton bangsawan ini.

Sebagai seorang anak seni, I love anything artsy - tarian, teater, makyong atau apa sahaja yang dipentaskan, saya boleh menghayatinya.

As such, mengikut penilaian peribadi saya, usaha Raja Azrey (Pengarah) untuk mengangkat karya ini wajar dipuji, walaupun garapannya agak kaku dan kepincangan yang ketara di sana-sini sedikit sebanyak mengganggu penghayatan penonton.
Penduduk Langkasuka 
Taji dan kurungannya
Dari segi teknikalnya, inisiatif untuk memaparkan sarikata dialog di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah sangat-sangat saya alu-alukan, memandangkan terdapat delegasi dari kedutaan asing yang turut menonton. Dan saya juga akur sekiranya terdapat improvisasi dialog di kalangan pelantun watak. Namun, kerapkali dialog yang diucapkan oleh sesuatu watak tidak seiring dengan sarikata yang dipaparkan (Contoh ketika Embok berdialog, sarikata oleh Telani yang muncul, walhal Telani tidak berada di dalam babak tersebut).
Walaupun begitu, saya selaku rakyat Malaysia masih mampu memahami penceritaan bangsawan ini (walau ada kalanya saya seolah-oleh menyambung titik-titik di antara babak kerana kesinambungan yang terputus). Sedikit terkilan apabila ada wakil kedutaan asing yang mengutarakan bahawa beliau tidak dapat memahami hampir separuh daripada pementasan kerana sarikata yang tidak bertepatan dengan babak yang dilakonkan.

Anyway, sedikit latar belakang berkenaan bangsawan ini.

Embok dan Mahawangsa adalah pasangan yang bercinta di negara Langkasuka. Walaupun berbeza darjat, kekurangan itu tidak menghalang hubungan mereka.
Mahawangsa dan Embok
Telani, yang merupakan sahabat kepada Embok, turut menyimpan perasaan kepada Mahawangsa namun dipendamkan sahaja.

Apabila Embok diculik oleh Taji, Telani mengambil peluang untuk meluahkan perasaannya kepada Mahawangsa tetapi ditolak. Mahawangsa bertekad untuk menyelamatkan kekasihnya.
Telani meluahkan isi hati kepada Mahawangsa
Namun, dilema melanda kerana Taji memiliki kekuatan yang tiada tolok bandingnya. Taji juga memiliki kuasa sakti yang menyukarkan Mahawangsa untuk menewaskannya.

Kemunculan Laksamana Liu Yun yang menawarkan pertolongan diterima baik oleh Mahawangsa. Adik Laksamana Liu Yun juga turut diculik oleh Taji.
Peperangan terjadi dan anasir jahat berjaya dihapuskan.
Tetapi Embok menjadi korban.

Kenapa?
Saya juga tidak dapat memahami sebab musabab Embok mati di dalam bangsawan ini.

Namun begitu, saya memuji usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang ingin mengangkat martabat bangsawan ke peringkat yang lebih tinggi.

Adanya kritikan saya hanya merupakan pendapat peribadi.
Moga tidak disalah erti sebagai merendah-rendahkan atau memperlekehkan usaha murni ini.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

1 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe