Tanpa Minyak Pun Sedap

8:30 AM

Pada 28 Jun 2014 yang akan datang, bertempat di Aeon Big Subang Jaya (12 tengah hari - 4 petang), satu pertandingan Philips The Ultimate Cook-off akan berlangsung yang mana akan menyaksikan 10 pasangan menyajikan resipi masakan terbaik, TANPA MENGGUNAKAN MINYAK.

Satu lagi fakta yang menarik ialah, pasangan tersebut adalah saling tidak mengenali dan akan bekerjasama sepanjang tempoh 4 jam tersebut untuk menghasilkan resipi yang sihat serta lazat untuk dinikmati ramai. 

Macam mana pemilihan pasangan itu dilaksanakan?
Sorang merupakan blogger manakala seorang lagi adalah peserta yang telah menghantar resipi dan resipinya terpilih!

Bayangkan kecohnya dapur kelak!

Dengan tema "Lose The Oil, Not The Taste", Philips Malaysia telah melancarkan satu pertandingan resipi masakan sihat tanpa menggunakan minyak yang telah bermula pada 28 Mei 2014 dan berakhir pada 22 Jun 2014.

Bagi yang berminat untuk menyerahkan resipi  turun-temurun, daftarkan maklumat diri serta resipi anda di laman Facebook Philips Malaysia. (Search #PhilipsMYAirFryer)

Mana tahu anda akan terpilih dan akan berpeluang untuk memenangi barangan Philips yang berjumlah lebih dari RM8000.
Menarik kan?
So, CEPAT daftar!!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe