Raja Tarik F&N 2014


Ingat tak saya pernah menjemput rakan-rakan untuk hadir ke Pertandingan Akhir Cabaran Raja Tarik F& N 2014? Entry ini

Pada 12 Jun 2014, Pertandingan Akhir Cabaran Raja Tarik F&N 2014 telah sampai ke hujungnya dan peserta paling bertuah iaitu Syed Khaidir dari Johor Bahru telah berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan merangkul juara.
Pengumuman juara, Syed Khaidir

Syed Khaidir merangkul hadiah utama yang berjumlah RM10,000!
Beliau mencuri perhatian para juri dan penonton dengan aksi silap mata mengalahkan 8 peserta yang lain.
Aksi mengagumkan Syed Khaidir yang membolehkan beliau menjadi juara

Terdapat pelbagai aksi membuat teh tarik yang dipamerkan sepanjang pertandingan tersebut termasuk elemen tarian tradisional mengikut daerah masing-masing.
Kumpulan X-Power dari Kuantan yang merangkul Naib Juara
Kumpulan Kungfu Rebels yang memenangi tempat ketiga


Dengan kehadiran Farah Fauzana dan Fizo Omar sebagai pengacara pada pertandingan akhir tersebut di e@Curve, pentas pertandingan menjadi riuh rendah dengan celoteh mereka ditambah dengan aksi menarik dari semua peserta pertandingan akhir itu.

Bagi pemenang tempat kedua, Kumpulan X-Power dari Kuantan, mereka membawa pulang RM5,000 dan pemenang tempat ketiga, Kungfu Rebels dari Kuala Lumpur membawa pulang RM3,000. 
Manakala peserta-peserta akhir yang lain membawa pulang RM1,000 masing-masing.
Para peserta yang hadir

Agak-agak, next year, apa agaknya aksi yang akan dipamerkan ye?
Mesti gempak kan.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com