COPY

Godzilla - The Review

8:30 AM

Me and weird movies memang sukar dipisahkan.
Awesome poster!
So, bila Godzilla ditayangkan, ada 3D plak tu, terus saya tanpa membuang masa menontonnya.

SINOPSIS
Kisah bermula dengan penemuan rangka binatang yang teramat besar dan dua biji kantung berupa telur, yang mana salah satunya telah pecah dan satu lagi masih dalam keadaan sempurna. Dikhuatiri seekor makhluk yang amat besar telah keluar dari kantung telur itu dan menuju lautan.
MUTO
Apabila bacaan seismik yang membimbangkan diterima di pelan nuklear di Janjira, Jepun, Joe Brody, penyelia pelan merasa bimbang dan cuba menyelidik. Namun, berlaku kejadian letusan di pelan nuklear pada hari tersebut yang telah menyebabkan dia kematian isterinya dan seluruh wilayah Janjira ditutup dengan alasan pencemaran nuklear yang teruk.
Godzilla muncul di Hawaii

15 tahun berlalu namun Joe masih mengkaji bacaan seismik yang pelik tersebut sehinggakan dia telahberkali-kali ditangkap kerana cubaan menceroboh ke wilayah Janjira.

Anaknya, Ford pula merupakan seorang pakar bom yang telah kembali dari bertugas. Demi untuk menyelamatkan ayahnya dari dipenjara, dia telah kembali ke Jepun untuk membawa ayahnya balik ke US.

Namun, apabila penemuan ayahnya memaklumkan bahawa bacaan seismik itu adalah seakan bunyi komunikasi di antara binatang dan selepas menceroboh wilayah Janjira, mereka mendapati bahawa tiada pencemaran nuklear di kawasan tersebut.
Operasi mengurung MUTO

Setelah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibawa ke kem, berlaku kejadian putus bekalan elektrik disebabkan oleh letusan electro-magnetic pulse (EMP) oleh Massive Unidentified Terrestrial Organism (MUTO) yang sedang dikaji oleh Dr Serizawa. Pelbagi usaha dilakukan untuk menahan MUTO itu tetapi akhirnya ia berjaya melepaskan diri dan terbang melarikan diri dari kawasan tersebut.

Joe Brody yang tercedera teruk di dalam kejadian itu akhirnya mati. Manakala Ford pula ingin kembali ke San Francisco untuk menyelamatkan anak dan isterinya.
MUTO yang besar seakan kelawar dan kumbang

Dr Serizawa memaklumkan bahawa MUTO tersebut sebenarnya merupakan mangsa kepada satu lagi makhluk pemangsa yang dinamakan Gojira. Pelbagai usaha telah dicuba untuk memusnahkan Gojira tetapi tidak berjaya dan ia tidak pernah muncul sehingga kini.

Apabila sebuah kapal selam Russia ditemui di tengah hutan di Hawaii dan berpunca dari serangan MUTO yang mencari radiasi sebagai sumber makanannya, muncul Godzilla dari dasar lautan dan kelihatan seakan cuba untuk membunuh MUTO.

Operasi meletupkan bom nuklear

Operasi memindahkan bom untuk mengumpan MUTO

Godzilla diserang oleh pasukan tentera 

Dr Serizawa telah mengarahkan pasukan tentera untuk menyiasat sebiji lagi telur MUTO di Yucca Mountain nuclear waste repository kerana mengkhuatiri bahawa MUTO yang pertama itu sedang menghala ke arah telur tersebut. Namun semuanya telah terlambat kerana telur tersebut telah menetas dan mengeluarkan seekor MUTO yang lagi besar.

Di Serizawa mengandaikan bahawa MUTO kedua adalah betina manakala MUTO yang pertama adalah jantan dan bacaan seismik yang pelik merupakan komunikasi di antara keduanya untuk mengawan.


Cadangan ketenteraan adalah untuk mengumpan kedua-dua MUTO ke tengah lautan dan memusnahkannya dengan bom nuklear yang mana kuasa kemusnahannya adalah paling besar dan bakal mengorbankan ramai mangsa.
Manakala cadangan Dr Serizawa adalah membiarkan Godzilla menjadikan kedua-dua MUTO sebagai mangsa dan akhirnya ketiga-tiga akan tewas dalam pertarungan sesama mereka. Angka kematian dikalangan manusia juga dijangka adalah lebih besar.
Godzilla di Vegas

Apakah tindakan yang diambil oleh pasukan ketenteraan dalam menewaskan musuh paling besar dan ganas yang pernah dihadapi oleh masyarakat dunia?

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Pada awal penceritaan, pembangunan watak dan plot adalah agak perlahan. Kemudian, ianya memuncak dan menjadi sangat klimaks pada pengakhiran cerita.

Penghayatan : 4.8/5.0. Penghayatan yang superb pada pendapat saya, memandangkan pelakon-pelakon yang terlibat adalah tidak begitu terkenal. 

Will I watch it again : Yes, dan akan membeli DVD untuk tontonan semula!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe