Telur Goyang, Ubi Kayu dan Badak

6:54 PM

Di manakah semua ini berlaku?
Semuanya ada di Selangor! 
To be exact, di Banting, Selangor!

Thanks to Tourism Selangor (TS) sebab sudi menjemput saya lagi sekali untuk menyertai pengembaraan di sekitar Selangor.
Kali ini kami dibawa melawat di sekitar Banting.

Seawal 7 pagi, kami bertemu di titik perjumpaan di Pizza Hut Bangsar.

Setelah selesai semua pendaftaran dan pemberian baju T #tsdayout, kami dibawa bergerak  ke Banting dengan menggunakan bas TS.

Di dalam bas terdapat ramai bloggers yang baru saya kenali termasuk Vanessa yang datang dari US semata-mata untuk menyertai pengembaraan kali ini.

Kalau orang asing boleh menghargai khazanah negara kita, adakah kita nak menjadi seperti katak yang berada di bawah tempurung? Langsung tidak mengetahui berkenaan tempat diri sedangkan orang luar lebih menghargainya.

Setibanya di Banting, lokasi pertama adalah kedai untuk sarapan.

Sampai je kedai, saya dimaklumkan wajib untuk makan nasi lemak dan telur goyang berserta sambal sotong.

Bila mendengar menu yang sedemikian pelik, terutama telur goyang, of course saya terus memesan menu tersebut.
Nak tahu camna rupanya telur goyang yang popular tu.

Inilah telur goyang (kredit kepada +Kifli Mally )

Bila dah dapat order tadi, rupa-rupanya telur mata kerbau. 
Disebabkan kuning telur tu bergoyang-goyang (separuh masak), maka ia dinamakan telur goyang.
Bila dimakan bersama nasi lemak dan sambal sotong, terus saya terpejam mata!
SEDAP ok!
Ketiga-tiga kedai ini adalah milik adik-beradik

Nak tau katne kedai ni?
Alamat kedainya ialah Jalan Suasa 1, Banting, Selangor.
Adik-beradik yang mengusahakan kedai makan keluarga ini

Bergambar kenangan bersama TS

Ketiga-tiga kedai ini adalah milik adik beradik dan semuanya menjual nasi lemak yang sama.
Resepi nasi lemak ini adalah resipi turun-temurun yang berumur hampir 40 tahun lamanya.
No wonder lah sedap sungguh kan.

Selesai makan, kami dibawa pula melawat sebuah perusahaaan kecil-kecilan membuat kerepek.
Ros Kerepek namanya dan alamat perusahaan ini ialah Jalan Sukun, Kampung Sungai Lang Baru, Banting.
Penerangan daripada ketua TS dan En Fauzi berkenaan Ros Kerepek

Ubi kayu sedang dibersihkan sebelum digunakan untuk menghasilkan kerepek

Apabila Encik Fauzi menerangkan berkenaan perusahaan keluarga yang telah bermula semenjak 1989, terkejutnya saya kerana setiap hari, sebanyak 3 tan ubi kayu yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai kerepek keluaran Ros Kerepek. Dan hampir kesemua bekalan ubi ini ditanam di tanah milik keluarga ini sendiri. 

Kami juga dimaklumkan bahawa Ros Kerepek hanya dipasarkan di dalam Malaysia sahaja, dan masih belum bersedia untuk pasaran antarabangsa.
Penghasilan kepingan kerepek

Kerepek yang telah siap dimasak

Eugene mencuba memasak sambal yang akan ditambah kepada kerepek
Apabila kami dibawa melawat kilang pembuatan kerepek, saya kagum dengan kualiti kebersihan yang diamalkan di Ros Kerepek.
Lantainya memang bersih dan begitu juga dengan peralatan yang digunakan.
Yang pentingnya, ada kerepek nangka!
Wow! Talking about 'weird food'.
Informasi ringkas di pintu masuk PIW


Indahnya jeti di hadapan pintu masuk PIW
Seterusnya, kami dibawa ke Paya Indah Wetlands (PIW).
I have heard about this place before but it does not strike my interest to even go there.
Frankly speaking, I thought I have seen 1 wetland and it was enough.
But was I wrong about Paya Indah Wetlands!

PIW adalah sebuah tempat yang memberikan ketenangan dan ilmu dalam masa yang sama.
Merupakan kawasan bekas lombong bijih timah dari tahun 80-an, terdapat 14 tasik buatan yang telah terbentuk akibat aktiviti perlombongan.
Satu fakta yang sangat mengagumkan saya, ada sebuah tasik yang mempunyai kedalaman setinggi bangunan 20 tingkat!
Dalam kan!

Sedikit fakta berkenaan PIW :
  • Diwartakan sebagai tempat perlindungan 'Wetlands' di bawah Kanun Tanah Negara 1965 pada tarikh 17 Februari 1998;
  • Terdapat tiga zon di dalam PIW iaitu Zon Rekreasi (seluas 108.54 hektar), Zon Pendidikan (86.91 hektar) dan Zon Konservasi & Penyelidikan (255.31 hektar);
  • Usaha memulihara ekosistem PIW telah melibatkan kerjasama dari semua pihak termasuk pelajar sekolah, IPT, swasta dan badan kerajaan;
  • Biodiversiti di PIW adalah sangat besar iaitu terdapat 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amfibia dan 14 spesies ikan. Manakala terdapat 220 fauna yang terdapat di dalam PIW;
  • Di PIW, pengunjung bukan sahaja akan menimba ilmu berkenaan hidupan, malah juga berkenaan budaya. Bagi aktiviti kebudayaan di rumah melayu, pengunjung akan diberi peluang untuk menganyam tikar, bermain gasing, membuat wau serta menikmati minuman pagi atau petang berserta juadah tradisional;
  • PIW juga mempunyai night safari di mana pengunjung boleh menyaksikan hidupan nocturnal;
  • Kemudahan penginapan dan seminar/ kursus juga disediakan di PIW.
Maklumat lanjut berkenaan PIW :
1) Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03.9086.6800

2) Penguasa, Paya Indah Wetlands, 
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, KM 4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor. Tel : 03.8768.7616

Penerangan berkenaan cara lawatan di PIW

Sebaik sampai, kami diberikan sedikit penerangan berkenaan PIW dan cara lawatan kami akan diadakan.
How to best enjoy PIW?
By cycling!
Geng Basikal

Woot! Woot!
Dah lama tak berbasikal!
Papan tanda untuk kolam yang berdekatan

Cantik plak kan pemandangan ini

Kolam itik dan kolam badak terletak bersebelahan di antara satu sama lain

Lokasi pertama adalah kolam itik.
Kami dimaklumkan bahawa PIW adalah lokasi persinggah migratory birds
Sekiranya berlaku selsema burung, bilangan burung yang singgah akan menjadi indikator kepada berlakunya wabak tersebut.
Begitu juga sekiranya ekosistem sudah menjadi tercemar dan terancam, bilangan burung yang sedikit akan menjadi indikator kepada keadaan tersebut.
Maknanya PIW perlu sentiasa dipastikan di dalam keseimbangan ekosistem yang optimum untuk memastikan migratory birds  ada lokasi persinggahan.

Kemudiannya kami dibawa melawat pula ke kolam buaya.
Di sini kami diberikan penerangan berkenaan pembiakan konservasi ex-situ yang dijalankan di sini.
Secara purata seekor buaya akan mengeluarkan sebanyak 60-70 telur setiap kali.
Sebagai tindakan pengawalan, hanya beberapa biji sahaja yang akan dibenarkan menetas dan membesar di dalam kolam ini.
Bayangkan jika ada 48 ekor dewasa dan separuh adalah betina. Setiap betina mengeluarkan purata 50 biji telur dan semuanya menetas. 
Tak ke penuh kolam itu dengan buaya?
Aksi-aksi di kolam buaya

Kami juga berpeluang melihat proses pemberian makanan kepada kawanan buaya tersebut.
Ngeri sekejap apabila melihat keupayaan buaya untuk berdiri dengan menggunakan ekornya untuk menangkap mangsa di udara!
Juwita dengan aksi manja bersama anaknya

Selesai di situ, kami dibawa pula ke kolam badak.
Semasa kami tiba, ibu badak yang bernama Juwita bersama anaknya yang masih belum diberikan nama masih berendam di kolam.
Kami difahamkan bahawa Juwita baru sahaja melahirkan anaknya itu, maka kedua-dua mereka perlu diasingkan dari seekor badan jantan dan dua badak betina yang lainnya bagi memastikan anak Juwita tidak dicederakan.
Yang penting, Juwita sangat-sangat menjaga anaknya.
Awalnya, Juwita mula mendekati kami yang berada di pagar.
Selepas kami memberikan Juwita makanan, dia menjadi semakin jinak.
Tetapi apabila anaknya mula mendengus, mungkin kurang senang suasana riuh rendah yang kami timbulkan, Juwita mula menjauh.
Tapi serius, anak Juwita memang cute.
Boleh tak nak namakan dia Leonardo?

Melihatkan Juwita mula menjauh, kami dibawa ke lokasi Chalet yang sangat cantik, tenang dan MURAH!
Yes, murah sangat-sangat!
Chalet yang sangat tenang dan murah (kredit kepada +Kifli Mally )
Di sini kami diberikan sedikit masa untuk melepaskan lelah sambil menikmati alam sekitar di hadapan chalet yang indah ini.
Ada tasik yang sangat mendamaikan.
Pemandangan tenang dan damai di hadapan chalet



Sebahagian gambar yang saya hantar untuk pertandingan

Kemudiannya kami dibawa ke Restoran Pangling untuk menikmati jamuan tengah hari dan penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis entry untuk aktiviti lepas dan photography contest bertemakan alam semulajadi di PIW.


Pemenang Best Blog berkenaan tsdayout to Battlefield Live Malaysia (Entry saya)

Pemenang Best 

Tahniah buat semua pemenang.
Eh.. saya pun ada?
Terima kasih TS!
Jasamu amat ku hargai.

Buat semua, November dan Disember adalah Bulan Melawat Kuala Langat.
Jadikan lokasi-lokasi yang disebut di atas sebagai pilihan anda.
Bukan sahaja indah dan menggembirakan, malah lebih murah daripada pergi jauh-jauh!

Nak join aktiviti TS?
Lawat je FB TS : Tourism Selangor

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe