We're the Millers : The Review


Agak lama tidak melihat Jennifer Aniston berlakon di layar perak, terutamanya di dalam wayang yang mempamerkan kemampuan lakonan beliau.

Thanks to Nuffnang sebab menjemput saya untuk menonton premiere screening We're the Millers.

SINOPSIS
David Clark adalah seorang pengedar marijuana kecil-kecilan.
Casey, David dan Kenny
Apabila dia cuba membantu anak jirannya, Kenny menyelamatkan gadis gelandangan, Casey, dia telah dirompak oleh kumpulan gangster tersebut. 

Akibatnya dia kehilangan semua wang hasil jualan dan juga sebahagian daripada simpanan marijuana yang disembunyikannya.
Brad dan David
Apabila ketuanya, Brad mengetahui keadaan ini, dia telah meminta David untuk menyeludup keluar stok marijuana dia sebagai ganti kepada kerugian yang dialaminya akibat daripada rompakan yang terjadi pada David. Dan stok itu berada di Mexico.
Brad juga menjanjikan USD100 ribu sekiranya stok itu sampai ke tangannya dalam tempoh yang ditetapkan.
We're The Millers
Bagi mengelakkan diri daripada diperiksa oleh kastam ketika menyeludup marijuana tersebut, dia mengajak jirannya, Rose, seorang penari bogel yang telah kehilangan kerja, Casey dan Kenny untuk menyamar sebagai keluarga The Millers yang melancong ke Mexico.

Dalam perjalanan pulang ke rumah Brad, pelbagai kejadian yang berlaku. 
Memohon Kenny untuk 'menggembirakannya'
Ditahan di sempadan
Yang pertamanya, mereka telah ditahan oleh seorang pegawai polis gay yang mahukan Kenny 'menggembirakannya' bagi melepaskan mereka daripada ditangkap.

Kemudian enjin RV mereka rosak dan terpaksa ditarik oleh keluarga Fitzgeralds yang membawa RV itu ke bengkel berdekatan. Malangnya, bengkel itu tutup dan mereka terpaksa bermalam dengan Fitzgeralds.
Bersama the Fitzgeralds
Keluarga Fitzgerald yang pelik
Apa yang tidak diketahui oleh David bahawa stok marijuana yang diseludup olehnya adalah kepunyaan Chacon.
Chacon mula memburu The Millers dan menemui mereka di bengkel.
Chacon menangkap David
Rose dipaksa membuktikan dirinya penari bogel
Atas tindakan pantas Rose, mereka berjaya melarikan diri tetapi apabila Kenny disengat oleh tarantula di kemaluannya dan mengalami alahan, The Millers terpaksa berhenti di hospital.
Ini menjadikan David semakin resah kerana tempoh penghantaran stok marijuana itu semakin hampir ke penghujungnya.
Casey memberontak dan keluar dengan pekerja funfair
Sempatkah David menghantar stok itu kepada Brad?
Apakah Kenny akan mendapat cinta hatinya yang pertama?
Dapatkah The Millers menyelamatkan diri daripada Chacon?

PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang ringkas dan menghiburkan. Santai dan bersahaja.

Penghayatan : 5.0/5.0. Lakonan semuanya menjadi. Lakonan Jennifer Aniston, Jason Sudeikis, Emma Roberts dan Will Poulter adalah sangat hidup dan bersahaja. Namun, saya cadangkan agar elakkan membawa anak-anak di bawah 13 tahun kerana ada babak yang agak dewasa.

Will I watch it again : Yes and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments