Percy Jackson Sea of Monsters : The Review


Terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi menjemput saya untuk premiere screening Percy Jackson : Sea of Monsters ni.
Satu lagi movie yang memang saya ternanti-nanti
Remember : saya suka cerita-cerita with superpowers etc

SINOPSIS
Dalam sekuel ini, Percy mendapati bahawa dia mempunyai seorang adik tiri, Tyson yang merupakan kaum Cyclops.
Anabeth tidak menyukai Tyson kerana kaum Cyclops telah menyebabkan kematian kawan baik beliau, Thalia, yang telah ditukar menjadi pokok Thalia yang memberikan perlindungan kepada Camp Half-Blood.
Camp Half Blood diserang
Apabila Luke menyerang Camp Half-Blood dan bercadang untuk memusnahkan Mount Olympus, Percy dan rakan-rakannya terpaksa berkelana untuk mencari Golden Fleece yang dapat menyelamatkan pokok Thalia yang telah diracun dan sekaligus melemahkan pertahanan Camp Half-Blood.
Pokok Thalia yang diracun
Dalam perjalanan mereka, pelbagai halangan serta makhluk-makhluk yang pelik terpaksa diharungi.
Sehingga suatu masa, Percy terpaksa bergabung tenaga dengan seterunya iaitu Clarisse untuk memusnahkan Kronos.
Gabungan Half Blood dalam mencari Golden Fleece
Apakah gabungan di antara Percy dan Clarisse berjaya menggagalkan rancangan Luke?
Berjayakan mereka mendapatkan Golden Fleece dan sekaligus menyelamatkan pokok Thalia?
Siapakah Thalia dan apakah kaitan beliau dengan Percy?
Kronos yang bangkit dan cuba memusnahkan Mount Olympus
Penilaian terhadap Percy Jakcon Sea of Monsters :
Plot penceritaan : 4.6/5.0. Jalan cerita yang ringkas dan tidak berat. Ada beberapa watak yang diperkenalkan dan dibangunkan dalam tempoh yang singkat. All in all, the movie was good but not up to my expectations. *Ko sapa nak ada expectations melampau kan*

Penghayatan 4.7/5.0. Lakonan yang komited daripada semua.  


Will I watch it again 
: Saya akan membeli DVD untuk bekalan di kala kebosanan.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments