Despicable Me 2 : The Review

8:30 AM

Ingat tak watak Gru, penjenayah yang ingin mencuri Bulan berserta dengan cute minions?

Comel kan wayang tu?

So, bila Churp-Churp menjemput saya untuk menonton premiere screening Despicable Me 2, terus saya bersetuju.


SINOPSIS
Gru bersama Agnes, Margo dan Edith
Gru telah meninggalkan dunia jenayahnya dan mencuba untuk membesarkan Agnes, Margo dan Edith.

Pertarungan senjata di antara Gru dan Lucy
Kereta Lucy yang boleh menjadikapal selam
Apabila Gru dilamar oleh Lucy untuk menjadi perisik bagi menjejak seorang penjenayah baru yang bakal mengancam dunia dengan penemuannya yang mampu mengubah seseorang menjadi mutan yang kejam dan tanpa perasaan, Gru menolak kerana dia bertekad untuk menjadi orang yang baik-baik.
Majlis perpisahan Dr Nefario
Tetapi apabila Dr. Nefario meletakkan jawatan dan kembali ke dunia jenayah, Gru menghubungi semula Lucy dan menyamar sebagai peniaga cupcake untuk menjejak penjenayah misteri tersebut.
Minion yang pertama diculik
Tanpa disedari oleh Gru, sedikit demi sedikit minion diculik oleh penjenayah misteri.
El-Macho

Gru dan Eduardo
Di sini, beliau bertemu dengan Eduardo, peniaga restoran yang mirip seorang super-villain  yang dikenali sebagai El-Macho tetapi dikhabarkan telah terbunuh.
Lucy dan Gru bertugas di kedai cupcake

Di sepanjang tempoh bekerja bersama, Gru merasakan bahawa dia mulai menyukai Lucy.
Tetapi apabila satu tangkapan dilakukan dan kes dianggap telah selesai, Gru dimaklumkan bahawa Lucy akan dipindahkan ke Australia, Gru menjadi resah kerana bakal berpisah dengan Lucy.

Apakah kes penjenayah misteri benar-benar telah selesai?
Apakah perasaan cinta Gru terhadap Lucy berbalas?

Penilaian terhadap Despicable Me 2 :
Plot penceritaan : 4.6/5.0. Pada awal penceritaan, plot yang agak perlahan menyebabkan pembawaan yang agak membosankan. Namun, plot semakin berkembang semakin menghampiri penghujung wayang. Sesuai untuk keluarga!

Penghayatan 4.7/5.0. Lagak minions dan Lucy di sepanjang wayang agak sangat melucukan dan menyebabkan panggung tidak kering gusi. 


Will I watch it again 
Probably no. It was a good movie but worth seeing only once.


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

6 GLAM People

  1. xsabar la nak tgk movie ni! comel!!!

    Jemput baca latest post saya - Monthly Favorites | June 2013

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sabrina Tajudin : Memang best! Comel2 plak minion dia.

      Delete
  2. Cerita animasi yang begini memang ramai peminatnya.

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe