World War Z : The Review

8:30 AM

Saya sangat suka menonton cerita-cerita yang pelik-pelik nie - zombie, super powers and cerita seram.
Brad Pitt y'all!
Apabila diberikan tiket percuma oleh Nuffnang untuk Premiere Screening bagi World War Z lakonan Brad Pitt, of course saya terima dengan gembira!

SINOPSIS
Gerry Lane (lakonan Brad Pitt) merupakan seorang penyiasat untuk PBB yang telah bersara terpaksa bertugas semula apabila suatu wabak yang mengerikan telah menyerang seluruh dunia.
Menyelamatkan keluarganya
Usaha menyelamatkan diri di bangunan yang penuh zombie
Gerry teah diselamatkan oleh rakannya di PBB dan ditempatkan di atas kapal. 
Tetapi, khidmat Gerry diperlukan sekiranya dia menginginkan keluarganya tetap mendapat perlindungan di kapal tersebut.

Serangan zombie
Harapan untuk menyelidik sumber wabak di Korea terkubur apabila Dr Fassbach tanpa sengaja telah terbunuh. 
Tembok yang tinggi pun zombie panjat
Selepas berbual dengan seorang ejen CIA yang ditahan kerana menjual senjata api secara haram, Gerry bergegas ke Israel untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan tindakan Israel yang telah membangunkan tembok di sekeliling bandarnya.
Serangan zombie di dalam tembok Israel
Israel yang dikatakan selamat dan menjadi pusat pelarian dari negara berhampiran juga telah diceroboh oleh pesakit wabak ini yang seakan mayat hidup aka zombie.
Bersama-sama dengan seorang askar Israel wanita yang dikenali sebagai Segen, Gerry melarikan dengan menaiki pesawat komersil.
Bersama Serge
Melalui pemerhatiannya, dia merasakan mereka mempunyai peluang untuk mengawal pembiakan wabak ini dan mengarahkan agar pesawat itu diterbangkan ke makmal ujikaji WHO di England.
Walaubagaimanapun, kapal terbang tersebut juga telah dicerobohi oleh zombie dan memaksa Gerry untuk meletupkan kapal itu serta sekaligus menyebabkan kapal tersebut terhempas.
Sempat call Angelina Jolie ke?
Apakah kaedah yang dirancang oleh Gerry untuk mengawal wabak zombie ini?
Apakah dia terselamat dalam letupan kapal terbang tersebut? 
Bagaimanakah keadaan keluarga Gerry yang ditinggalkan di atas kapal?

Penilaian terhadap World War Z :
Plot penceritaan : 4.9/5.0. Plot penceritaan yang lancar dan tidak melalut. Seawal 15 minit pertama, terus dimasukkan aksi yang mendebarkan dan menakutkan sehingga penghujung wayang. Elemen kekeluargaan juga diterapkan dalam cerita ini tanpa menjadikan jalan ceritanya terlampau berat.

Penghayatan : 4.9/5.0. This is Brad Pitt that we are talking about kan? Memang penghayatan yang bagus dari semua pelakon! Yang penting memang saya merasa sangat takut apabila menonton cerita ini.  


Will I watch it again 
: Yes I will!

ZOMBIE - Enjoy!


Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

You Might Also Like

6 GLAM People

  1. JOm tgk sekali lagi..macam tak puasss

    ReplyDelete
  2. perghh!, tak sabar nak g tgk..tak jadi nk tgk man of steel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep!
      Rasanya nie lagi best dari Man of Steel @Bahrain Ramlan

      Delete
  3. Waah baca entri ni, terus nak pergi hari ni juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best sangat-sangat tau @Macikz Konah

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe