Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party @ Poppy Garden Nite Club




Sebenarnya pergi ke Poppy Garden untuk Acer & Intel 'PLAYsure' Redefined Party iaitu untuk pelancaran produk terbaru, hasil kolaborasi terbaik antara Acer dan Intel.

Thanks to Nuffnang, Acer dan Intel sebab menjemput saya pada 23 Mei 2013 untuk acara yang bersejarah ini.

Maybe ramai yang akan cakap cliche tapi sebenarnya saya memang sedang mencari gajet terkini yang boleh memudahkan saya yang sentiasa 'on-the-go'.
Dengan adanya tablet memang banyak membantu tetapi dari segi editing gambar dan video untuk dimuatkan di dalam setiap entry, memang agak sukar menggunakan tablet.
Hendak tak hendak terpaksa tunggu balik ke pejabat atau rumah untuk meneruskan kerja-kerja editing sebelum dimuatnaik ke dalam entry.


Kami memang awal, Poppy Garden pun still lengang bila kami tiba.

Kembali kepada acara pelancaran ini, saya dan Jae Hashim merupakan di antara tetamu yang terawal sampai. Tidak lama kemudian, Ka5sutkaca dan Ariey tiba dan menyertai kami di meja paling depan, berhadapan dengan konti DJ. 
The beautiful Lady DJs
Yang penting ada photobooth yang menjadi kegilaan semua bloggers!

Bila kami nampak sign ni "#myacertouch", apalagi memasing mula nak nak tag Twitter, IG dan FB dengan menggunakan hash-tag tersebut tanpa mengetahui fungsinya.
Kemudian kami dimaklumkan bahawa ada pertandingan the best tweet menggunakan hash-tag tersebut dan dimenangi oleh Eyriqazz. Bertuah sungguh beliau. Sempat berpantun seloka dia.



Majlis bermula dengan permainan di antara blogger yang hadir. 
Ada tiga individual games dan juga kemudiannya diikuti oleh group games. 

Kecoh jadinya Poppy Garden sebab semua bloggers memang gila-gila perangai dan sporting semuanya.

Tahniah kepada pemenang games tersebut. Hadiah daripada penganjur berbentuk barangan dan juga baucer.
Terima kasih penganjur!

Penerangan berkenaan produk kolaborasi terbaik Acer dan Intel bermula dengan Acer Aspire P3 Ultrabook. 

Thanks to Acer
Apa itu Acer Aspire P3 Ultrabook?
Sesungguhnya P3 Ultrabook adalah satu gajet yang wajib dimiliki oleh semua individu yang makan tidur bersama gajet sebab ianya sangat ringan (0.97kg), sangat nipis (0.77 inci) dan mempunyai kekuatan dan kemampuan operasi sebuah ultrabook. Keupayaan bateri yang tahan lama dan juga skrin sesentuh pada P3 Ultrabook menambah nilai pada produk ini. Dan ia juga boleh berubah daripada sebuah Ultrabook kepada tablet dalam sekelip mata!
Thanks to Acer
Keupayaannya untuk starts and gets online instantly memudahkan untuk penggunanya yang mobile.
Keupayaan processor power-efficient Intel Core i yang dimilikinya membolehkan semua aplikasi digunakan pada tahap kelajuan paling tinggi. 
Ia juga didatangkah dengan keupayaan hiburan yang terkini iaitu paparan 11.6 inci dan dalam bentuk HD display menggunakan IPS technology, keupayaan bunyi Dolby Home Theathre serta ada port HDMI.
Ia juga memiliki Acer Crystal Eye HD webcam serta 5MP kamera di belakang.
Ultrabook mode to Tablet Mode!
MUST HAVE!
Terus-terang saya katakan, I HAVE GOT TO HAVE THIS!
Harganya hanya RM1,799 je pun. 
Boleh la menyahut inisiatif untuk Bring Your Own Device (BYOD) ke sekolah dan pejabat kan.

Then tiba penerangan untuk Acer Aspire R7.
Penerangan dimulakan dengan menonton video yang sangat powerful dan bersahaja ini.

Acer Aspire R7 adalah sebuah komputer yang dikuasakan oleh 3rd Generation Intel Core i5 Processor dan telah mendapat pengiktirafan reddot design award winner  2013.
Sepertimana Acer Aspire P3, ia juga mempunyai pilihan untuk skrin sesentuh and all the other good qualities too. 
Manakala skrinnya (15.6 inci) juga terdapat dalam Full HD (1920 x 1080). Keupayaan bunyinya juga dipertingkat kepada 4 pembesar suara yang disokong Dolby Home Theathre.

Keupayaan simpanannya yang besar iaitu 1 TB SATA HDD serta dengan berat 2.4 kg, Acer Aspire R& adalah sebuah gajet yang ringan dan keupayaan tinggi.
Memang seperti yang saya cari-cari!


The most interesting feature pada Acer Aspire R7 yang sangat-sangat menarik hati saya?
Of course kemampuan Ezel hinge yang ada pada dirinya.
Acer Aspire R7 sangat-sangat membantu dalam kehidupan individu yang mementingkan kesempurnaan kerana ia boleh berubah kepada 4 bentuk mengikut keperluan.


Notebook mode : penggunaan notebook biasa
Ezel mode : memudahkan penggunaan skrin sentuh
Pad mode : keupayaan mobil dan santai
Display mode : untuk pembentangan yang bertenaga dan berimpak tinggi
Apabila selesai pembentangan berkenaan Acer Aspire R7, terus saya berazam untuk mendapatkannya kerana ia menepati ciri-ciri my next working gadget iaitu reliable, mobile and user-friendly!
Harganya pun berpatutan iaitu RM2,999.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk ini, layari laman web Acer Malaysia atau hubungi 1800-88-1288.

THANKS Acer Malaysia and Nuffnang.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

  1. lah pttnya kita dh jumpa masa ni..hehe..sbb ada kwn yg invite utk join event ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke?
      Hehhehehe
      Kalau jodoh tak ke mana kan @asyik Izas

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com