COPY

Star Trek Into Darkness (3D) : The Review

8:30 AM


Seronoknya apabila mendapat jemputan daripada Churp-Churp untuk Star Trek Into Darkness!
Teruja sangat nak tengok sebab trailer dia memang gempak lar!
Disebabkan masalah komunikasi dalaman antara Churp-Churp dan pihak pawagam, sudahnya saya hanya dapat masuk ke pawagam 10 minit setelah filem ini ditayangkan.

SINOPSIS
Filem kali ini mengisahkan berkenaan pembalasan dendam oleh Captain Kirk setelah Admiral Pike terbunuh dalam serangan oleh salah seorang ejen terbaik Starfleet, Harrison.
Mesyuarat yang menyebabkan kematian Admiral Pike
Setelah mengumpulkan anak-anak kapal seperti Commander Spock, Liutenant Commander Dr Leonard Bones McCoy, Liutenant Hikaru Sulu, Liutenant Nyota Uhura, Science Officer Dr. Carol Wallace, Ensign Pavel Chekov dan Liutenant Commander Scotty Scott, Captain Kirk diarahkan untuk menyerang Harrison yang didapati bersembunyi di Kronos, iaitu wilayah Klingon yang merupakan musuh kepada The Federation.
The crew of Enterprise

Apabila tiba di Kronos, Enterprise mengalami kerosakan dan terpaksa dibaiki. 
Dengan menyamar sebagai rakyat biasa, Capt. Kirk, Liut. Comm. Uhura dan Comm. Spock mencuba untuk melakukan perisikan secara manual di daerah Kronos.
Tetapi kenderaan mereka telah dijejaki oleh Klingon dan aksi pertempuran terjadi.
Kirk, Spock and Uhura in Klingon
Apabila keadaan menjadi semakin genting kerana bilangan Klingon yang besar, Harrison tiba dan membantu kumpulan Capt. Kirk.
Harrison berjaya mengalahkan semua kumpulan penyerang Klingon dan apabila mengetahui bahawa terdapat 72 torpedo di atas Enterprise, Harrison terus menyerah diri.
Harrison in custody of Enterprise
Spock kicking Harrison's butt!
Apakah sebabnya Harrison menyerah diri?
Apakah kaitan 72 buah torpedo tersebut dengan Starfleet dan Harrison sendiri?
Siapakah Harrison yang sebenarnya?

Penilaian terhadap Star Trek Into Darkness (3D):
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Plot penceritaan yang teliti dan ringan. Asal-usul Harrison dan perjuangannya juga jelas dan mewujudkan simpati pada penonton kerana menjadi mangsa keadaan. 

Penghayatan : 4.9/5.0. Pendukung watak memainkan peranan dengan terbaik! Ada skrip-skrip yang melucukan turut menjadikan filem ini tidak terlampau berat. 


Will I watch it again 
: Yes and will buy the DVD untuk simpanan!


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe