Self-reward @ JPO

8:24 AM

Last Saturday, iols bergerak ke JPO untuk bertemu dengan rakan-rakan yang ingin mengetahui berkenaan FOC Shanghai trip

Memandangkan berjanji nak berjumpa dengan rerakan pada waktu lunch, since dah sampai awal di sana, iols pun mencuci mata la di sekitar kawasan di sini

Well, dengan hanya dua tingkat, kedai dia taklah sebanyak mana kan
Orang pun tak ramai, mungkin sebab awal lagi kan

Lepas perjumpaan yang berjaya dengan kengkawan, kami lunch sesama kat foodcourt
Iols ordered la pineapple fried rice with prawn kan...
Pineapple fried rice yang sejuk!
Choiiiiii sangat tau makanan dia
Dah la sejuk, nasi dia plak iols rasa cam nasi pulut
Sakit ati je makan tau
Orang punya ramai nie, buat la elok2, nanti baik untuk bisnes kan

Then bermula sesi self-reward
Memula iols berjalan ke Coach dan lekat terus kat situ
Masa masuk salesgirl dia announce
"Today is our special promotion day, whole items are on sale for 50%. And for today only, additional 25% for everything"
Terus iols mesej Shibam Jelita untuk memaklumkan kepada dia akan supersale itu

Bagi seorang yang tak pakai barangan Coach, iols perasan yang design dia agak cantik la
Bisa menggugat iman wanita jika dia datang hari ini
Sebagai rujukan untuk Shibam Jelita, maka saya send kat dia pic-pic barangan Coach
Iklan untuk Shibam Jelita
Sebab Shibam Jelita takleh nak decide, maka iols pun kuar dan jejalan kat tempat lain sementara menunggu dia decide

Banyak juga la butik yang menarik tapi sedihnya barangan dia plak tak menarik
Kebetulan niat di hati memang nak membeli kasut untuk ke ofis, kasut untuk bersukaria dan kasut untuk aerobik
Sementelah sudah di JPO, maka iols pun menjalankan misi mencari barangan idaman hati

Iols gembira bila melihat ada Padini Outlet Store di sini tetapi seriously, barangan dia sangat SEDIH

Nasib baik CHARLES & KEITH, OROTON, GUESS dan PEDRO berjaya mengubat hati dengan barangan dia
Memang boleh sawan pada hari itu sebab semua butik ada sale sampai 85% atau ada yang buat diskaun Happy Hour katanya

Apabila Shibam Jelita telah membuat keputusan, maka iols bergerak semula ke Coach
Kena berbaris hokay!
Dalam 10 min juga la menunggu giliran kan

Dalam memilih barangan untuk Shibam Jelita, tetiba hati iols terpikat pada purse ini

Iols rasakan dia agak maskulin dan boleh la untuk iols gunakan 
Tetiba rasa sayang plak nak tinggalkan Ms LV

Terasa macam nak let go la plak kan
So, sesiapa yang berminat, sila PM saya, nanti saya maklumkan harganya
Bidding price starts from RM700, kalau ada yang minat la kan

Selepas selesai membeli belah, iols pun makan kat Absolutely Thai
Servis  memang cepat dan makanan memang lazat
Harga agak berbaloi


Yang penting, iols lupa nak try yang satu nie
So, maknanya nak kena pergi lagi ke?

Ahaks!

Mempersembahkan, hasil tangkapan di JPO
Sikit je kan....Huhuhuu
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo

E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe