Beautiful Creatures : The Review


Twilight with Witches

Itulah iols nyer kesimpulan selepas menonton Beautiful Creatures

Semua elemen Twilight ada di dalam movie ini
  • percintaan remaja
  • makhluk ghaib
  • kuasa ajaib
  • tentangan dari masyarakat
Thanks to Churp-Churp sebab memberikan iols tiket untuk Churpremiere screening bagi movie ini

SINOPSIS
Bagi sebuah wayang yang diadaptasi dari novel (sepertimana Twilight), iols menjangkakan special effect yang terbaik
Beautiful Creatures mengisahkan percintaan terlarang di antara Ethan Wate dan Lena Duchanness

Pada awalnya Ethan tidak mengerti kenapa Amma menghalang beliau daripada mendekati Lena
Sehingga akhirnya Lena memaklumkan kepada Ethan bahawa dia sebenarnya adalah seorang ahli sihir, juga dikenali sebagai Caster
Amma, Lena dan Ethan di dalam perpustakaan terlarang
Macon, ayah saudara kepada Lena juga tidak merestui hubungan mereka dan berusaha untuk memisahkan kedua-dua remaja ini
Tindakan memisahkan kedua remaja ini adalah bagi mengelakkan Sarafine, ibu kepada Lena, daripada mendekati Lena melalui Ethan
Ini juga bagi mengelakkan sumpahan terhadap keturunan Lena menjadi kenyataan
Fesyen yang sangat UMPHHH!

Kenapa cuba memisahkan ibu daripada anak?
Adakah kuasa cinta Ethan kepada Lena berjaya mengatasi kuasa jahat dan sumpahan yang dikenakan kepada keturunan Lena?

Penilaian ials terhadap Beautiful Creatures :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Penceritaan yang jelas berkenaan sejarah percintaan di antara manusia dan Caster.  

Penghayatan : 4.8/5.0. Maybe sebab dah tengok Twilight, iols menjangkakan akan banyak special effect yang KABABOOM. Ending bagi Sarafine juga seakan anti-klimaks. And yes, I think there will be a sequel coming up. 

Will I watch it again 
: Cukup sekali kot. Bukan kerana tidak menarik, tetapi cukuplah sekali menontonnya.


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments