The Impossible : The Review

8:15 AM

Tengok iklan pun dah nak menangis tau!

So bila dah dapat jemputan dari Nuffnang, of course iols tak sabar

Dari siang dah bersedia dari segi mental

Uols semua kena tengok cerita nie, sekali pun jadi lah!
Jika uols ada perasaan, uols mesti akan rasa nak tinggalkan panggung tu secepat mungkin


Kenapa?

Bukan sebab cerita tak best, ada sebab lain ok!

SINOPSIS
Maria dan Henry Bennet membawa anak-anak mereka, Lucas, Thomas dan Simon ke Thailand untuk menghabiskan cuti krismas pada 2004
Ombak yang menghempas hotel percutian
Maria berpaut pada pohon kelapa ketika arus deras melanda 
Apabila tsunami terjadi, Maria dan Lucas terpisah daripada Henry, Thomas dan Simon
Maria dan Lucas menyelamatkan diri dengan berpaut pada tilam yang hanyut
Peringkat awal menunjukkan kesukaran yang dilalui oleh Maria dan Lucas mencari kawasan yang selamat
Dengan kecederaan yang dialami oleh Maria yang menyebabkan dia kehilangan darah yang banyak, perjalanan mereka agak sukar namun akhirnya berjaya menyelamatkan diri di atas sebatang pkok yang tinggi


Mereka juga berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak, Daniel yang terpisah dari keluarganya dan dijumpai di bawah timbunan sampah-sarap
Lucas membantu Maria memanjat pokok: babak yang sangat menyentuh jiwa
Penduduk kampung yang berhampiran menyelamatkan mereka bertiga dan akhirnya membawa Maria dan Lucas ke hospital yang berhampiran

Kehilangan darah yang banyak dan luka yang teruk menyebabkan Maria tidak dapat bergerak dan sakit kerana jangkitan pada luka

Sebagai anak yang baik, Lucas mematuhi perintah Maria untuk membantu orang di dalam hospital yang ingin mencari ahli keluarga masing-masing

Apabila dia kembali ke katil ibunya, dia mendapati ibunya telah dipindahkan tetapi tidak mengetahui ke mana

Hilang akal dan arah, Lucas ditempatkan di kawasan kanak-kanak yang tidak mempunyai orang tua sementara menunggu bantuan

Manakala Henry bersama Thomas dan Simon pula terselamat dan masih tinggal di hotel tersebut

Henry yang tidak ingin berputus asa mencari anak dan isterinya telah menghantar Thomas dan Simon untuk pergi ke pusat perlindungan yang terletak di pergunungan

Selepas terpisah, Henry menjadi semakin sukar untuk menjejaki kesemua ahli keluarganya

Apakah Maria terselamat?
Dapatkan ahli keluarga ini berkumpul semula akhirnya?

Penilaian ials terhadap The Impossible :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Teratur dan kemas. Penceritaan yang kemas ini lebih meruntun jiwa, berbanding apabila kita menonton dokumentari atau siaran berita berkenaan tsunami pada 2004. Penggunaan teknologi dan gambaran kawasan yang dilanda tsunami adalah sangat "real" sehingga menimbulkan rasa seram dan sedih pada masa yang sama. Walaupun hampir 2 jam tayangan tidak terasa bosan dengan penceritaan The Impossible. Kenapa tajuknya The Impossible? Nothing is impossible if you are driven by hope. 

Penghayatan : 5.0/5.0. Mainan perasaan oleh pelakon-pelakon adalah sangat terbaik! Dari seawal wayang sehingga selesai, air mata iols bergenang dan kerapkali merasa seram kerana perasaan yang dipamerkan adalah sangat tulen. Kerapkali juga iols semacam nak keluar dari panggung kerana tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dialami. Tangisan oleh pelakon-pelakon cilik yang memegang watak Lucas, Thomas dan Simon memang meruntun jiwa sehingga hampir keseluruhan wayang teresak-esak.

Will I watch it again 
: Perasaan saya berbelah bagi. Yes sebab cerita dia memang best and No sebab tidak sanggup melihat kesengsaraan keluarga dan mangsa tsunami lagi. Camno tu?



Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. teringin nak tengok cite ni. mcm best. real betul diorang buat tapi apa yang realiti pasti lg dasyat. humm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul
      Masa menonton pun dok fikir kesakitan dan kesengsaraan yang dihadapi mangsa
      Minta dijauhkan!

      Delete
  2. nanti nak tengok jugak la. :)
    tq kak tolong buat review. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib tengok
      Tapi sediakan tisu banyak2 ye

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe