Here Comes The Boom : The Review

8:30 AM


Apa yang anda akan lakukan apabila anda mengetahui bahawa diri anda dan insan lain berada dalam keadaan kesusahan?

Adakah anda sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan sesuatu?

Thanks to Nuffnang sebab bagi tiket percuma for this movie!

Sinopsis
Scott Voss adalah seorang bekas peninju kolej, berusia 42 tahun dan mengajar Biologi di Wilkinson High
Berani kerana benar 
Wilkinson High nie sekolah yang boleh dikategorikan sebagai miskin la kot sebab banyak peralatan dan kemudahan sekolah yang uzur
Scott dan Marty
Memandangkan bajet yang semakin meruncing, Principal Becher mengambil keputusan untuk menutup beberapa program termasuk kelas musik dan ini bermakna Mr Marty, guru muzik akan diberhentikan kerja

Walaupun Scott selalu lambat hadir ke sekolah, tetapi dia sangat menyayangi sekolah itu
Lagipun dia baru mendapat tahu bahawa isteri Marty sedang mengandung
Oleh yang demikian, Scott berazam untuk mengumpul USD48,000 untuk menampung perbelanjaan sekolah
Beliau mula membuat pelbagai kerja termasuk mengajar sekolah malam bagi pendatang yang ingin menjadi warganegara
Di sini beliau bertemu dengan Niko dan Niko mengajar Scott berkenaan mixed-martial arts
Scott jug amendapat tahu bahawa peserta UFC akan mendapat USD10,000 setiap kali mengalami kekalahan
Ini memberikan idea kepada Scott untuk menyertai UFC dan kalah bagi mengumpulkan duit untuk menyelamatkan sekolahnya

Bermulalah sesi latihan dan perlawanan Scott di atas lantai tinju
Rentetan kekerapan mendapatkan rawatan di klinik sekolah ini menyebabkan Scott semakin rapat dengan Bella, jururawat sekolah
Usaha menggoda Bella
Setelah Scott hampir berjaya mengumpulkan wang yang mencukupi, timbalan pengetua sekolah pula telah disabitkan kesalahan menggelapkan duit sekolah termasuk duit yang dikumpulkan oleh Scott

Bagaimana kesudahannya?
Apakah Wilkinson High akan ditutup?
Atau adakah Scott akan menggadaikan nyawanya bagi menyelamatkan sekolah itu?

Jika ya, bagaimana caranya?

Penilaian ials terhadap Here Comes The Boom :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Bagus dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Juga banyak nilai-nilai positif yang ditonjolkan. Yang penting LAWAK!

Penghayatan : 4.8/5.0. Kevin James dan Salma Hayek adalah terbaik! Even pelakon-pelakon tambahan pun meyakinkan. And yes, Charice can act!

Will I watch it again 
: I will buy the DVD


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe