Painted Skin 2 : The Resurrection : The Review


I am a movie freak, uals tahu dah kan

So, di satu petang yang kebosanan, ials pun bergerak menuju ke pawagam dan terus beli tiket untuk tengok citer Painted Skin 2 : The Resurrection
Cantik kan poster nie!

Why?
Sebab ials dah tengok yang first citer dia
Lagi sebab ials suka citer cina yang lawan- lawan nie
Dan juga sebab ials suka cerita yang mistik@paranormal nie

Cereka fantasi ini mengisahkan syaitan rubah putih, Xiaowei, yang telah berjaya melepaskan diri dari hukuman penjara ais batu selama 500 tahun kerana membantu manusia di atas dasar cinta
Logik la kan, manusia dan syaitan mana boleh bercinta
Bila terlepas, untuk terus kekal seperti manusia, Xiaowei perlu memakan jantung manusia untuk kekal cantik
Dia perlu melakukan demikian sehingga dia berjaya mendapatkan manusia yang rela menyerahkan jantungnya kepada dia sebelum gerhana bulan
Puteri Jing pula merupakan anak pemerintah negara yang pandai bermain senjata dan telah menyelamatkan Xiaowei
Muka Puteri Jing telah dicederakan oleh beruang liar dan ini menyebabkan rupanya cacat
Jeneral Hua yang merupakan kekasih lama Puteri Jing tidak memperdulikan Puteri Jing kerana perbezaan taraf
Tetapi ini disalahertikan oleh Puteri Jing, dia menganggap Jeneral Hua tidak menginginkan dia kerana rupanya yang cacat
Xiaowei menggunakan peluang ini untuk menggoda Puteri Jing bagi memulihkan kecacatan mukanya dengan menyerahkan jantungnya


Penilaian ials pada cerita nie :


Banyak aksi lawan yang best
Tak kurang juga aksi 18sx
Kalau bawa kanak-kanak, hati-hatilah ye

Pastu make-up effect dia memang meletup
Aksesori dan wardrobe dia memang first class


Tapi cerita ini menyelongkar erti kesetiaan dari pelbagai sudut
Kesetiaan pada pemerintah, pada negara, pada kekasih dan juga pada rakyat jelata

Jalan cerita : 4.7/5.0. Uals kena tengok yang first dulu, baru la faham yang second nie

Penghayatan : 4.7/ 5.0. Suka sangat watak Xiaowei dan Puteri Jing

Would I watch it again : I will buy the DVD and watch it at home!



 



Post a Comment

0 Comments