Pembunuh Impian




Thanks to my leader, Razali Zain for saring of this wonderful piece of thought

Pernah tak kita bermimpi sesuatu yang indah
Kita tetapkan tekad untuk mencapai keindahan itu
Tapi entah camne impian itu tak tercapai

Berikut sepertimana yang ditulis oleh Paolo Coelho di dalam blog beliau
Ini sekadar perkongsian untuk kita saling menilai setakat mana kuatnya tekad kita dalam mengejar impian hidup kita







Gejala-gejala pembunuh impian akan kelihatan di dalam rutin seharian kita, walau tanpa kita sedari. Berikut adalah di antara gejala yang perlu kita risaukan apabila kita dalam usaha mengejar impian hidup :

1) Gejala pertama dalam proses membunuh impian kita ialah apabila kita sering merasa kekurangan masa. Sesungguhnya, orang yang paling sibuk sebenarnya sentiasa mempunyai masa yang cukup untuk melakukan segala-galanya. Manakala, orang yang tidak melakukan apa-apa akan sentiasa letih dan sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa kerja yang mereka lakukan hanyalah sedikit sahaja. Mereka sentiasa mengadu bahawa hari itu adalah terlalu pendek. Sebenarnya, mereka ini menakuti cabaran dalam menuju kejayaan ie fearing a good fight.

2) Gejala kedua yang menuju ke arah kematian impian terletak padakepastian/ ketetapan diri individu. Bagi mengelakkan diri dari melalui cabaran yang sukar dan besar, kita mula memikirkan diri kita sebagai orang yang bijak dan adil serta merasakan segalanya sudah mencukupi tanpa perlukan sesuatu yang lebih. Dari ruang lingkup kita yang selesa itu, kita sentiasa melihat kesengsaraan, keletihan dan kekalahan orang lain dalam mengejar impian mereka. Tetapi kita sering mengabaikan saat kegembiraan, kemerdekaan dan kegirangan apabila mereka berjaya menempuh dugaan dan pertempuran itu. Kita tidak melihat penghujung jalan, kita hanya meneliti kesukaran perjalanan. Kadang kala, kemenangan atau kekalahan bukan pengukur utama, tetapi perjuangan itu adalah elemen yang penting.

3) Dan, akhirnya, gejala ketiga kemusnahan impian adalah ketenangan dalam kehidupanKehidupan menjadi satu petang Ahad; iaitu hari di mana kita bersenang lenang tanpa berbuat apa-apa dan kita berhenti berusaha untuk mendapat lebih dari yang ada dan untuk tidak meminta lebih dari apa yang mampu kita berikan. Kita merasakan diri kita sebagai telah matang dan mula merehatkan impian hidup kita dan hanya mencari kejayaan peribadi dan profesional. Apabila ada di antara rakan-rakan yang mengejar kejayaan lebih dari itu, kita merasakan bahawa mereka tidak matang. Sebenarnya, kita yang tidak matang kerana telah berundur dari medan perang dalam mengejar kejayaan impian hidup kita. 

Sebenarnya, apabila kita mula menidakkan impian hidup kita dan mencari kedamaian, kita hanya akan melalui satu tempoh ketenangan yang singkat. Apabila impian itu mula mati dan mereput di dalam diri kita, kita akan merasakan kesakitannya dan kemudian kita akan cuba melampiaskan kesakitan tersebut dengan bersikap kasar dan kejam pada yang ada di sekeliling kita. Akhirnya kekejaman dan kekasaran itu akan memakan diri kita sendiri. Pada ketika ini, apa yang kita takuti selama ini, akan kembali meghantui kita iaitu kegagalan dan kekalahan.

So rakan-rakan sekalian, apakah api impian hidup kita masih menyala ataupun telah kita padamkan?
Jika masih menyala, segeralah bertindak dan berkorban untuk masa depan.
Jangan biarkan diri terkorban awal tanpa sebarang tindakan.

Asal terang siang bermula dari gelapnya malam.
Tiada kesenangan tanpa sedikit pengorbanan.

Jom ubah hidup kita secara total.

Macam mana?

PREMIUM BEAUTIFUL boleh membantu.

Contact me via Facebook (www.facebook.com/rawlins.ichigo) or via e-mail (loving.hate78@gmail.com) to jump start your steps towards realization of your Beautiful Dreams


Post a Comment

0 Comments