Dia datang lagi

8:15 AM

Dia datang lagi
Tanpa diundang
Namun tidak dibenci
Datangnya ditunggu
Tibanya dinanti

Dia datang lagi
Menduga sabar
Mencabar akal
Menggegar getar
Mengusik lapar

Dia datang lagi
Bersama kasih digumpal besar
Bersama rahmat seluas angkasa
Dibawa bersama sejuta nikmat
Disaluti kasih sayang sejagat

Dia datang lagi
Bersediakah aku?
Bersediakah iman?
Apakah amal diterima di sana?
Apakah dikira di hujung cerita?

Dia datang lagi
Ramadhan yang dipujai....

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe