PICC Lancar Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 Dan Rai YAKIN Malaysia

7:30 AM

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kini semakin menjadi tumpuan untuk penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa - berbentuk ilmuan dan juga festival.
Ahli panel pelancaran PIT Fest 2015
Terkini, PICC telah melancarkan Putrajaya Islamic Tour Festival 2015 (PIT Fest) yang akan diadakan pada 28 - 30 Ogos 2015.

Menurut Dato' Badlishah Hj Ahmad (CEO PICC), idea untuk PIT Fest adalah untuk memenuhi keperluan segmen pelancongan Islam yang masih belum diterokai dengan sepenuhnya. PIT Fest juga untuk membantu pelancong Islam dalam merancang pelancongan mereka tanpa ditipu oleh agen pelancongan yang tamak, terutamanya melibatkan pakej umrah.
Sesi Menandatangani MoU di antara pihak terlibat
Sesi Penyampaian Cenderamata
Sesi Soal Jawab
Dimaklumkan bahawa lebih daripada 200 gerai akan terlibat di dalam PIT Fest yang memfokuskan kepada produk pelancongan Islam di Malaysia terutamanya pakej-pakej Umrah dan Haji. PIT Fest 2015 mendapat sokongan padu daripada Perbadan Putrajaya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Koperasi al-Hajj.

Di antara lain pengisian PIT Fest adalah seminar antarabangsa yang akan dihadiri oleh panel terkenal seperti Mufti Ismail Menk dan Bilal Philips, konsert amal "Road To Mecca" serta acara "The Daily Reminder" yang sememangnya bakal mencuri tumpuan acara.

Di samping itu, PICC juga telah menjemput 100 orang kanak-kanak dari YAKIN Malaysia (Badan Amal Kemajuan Insan Malaysia) untuk bersama-sama meraikan acara dan sekaligus menjamu selera di majlis Berbuka Puasa di Cafe @ PICC. Kanak-kanak tersebut terdiri daripada anak-anak yatim, miskin dan asnaf dan berusia dari tujuh sehingga sembilan tahun.
Juadah yang menyelerakan
Pencuci mulut yang lazat
Juadah menyelerakan
Buah-buahan tempatan
Di antara anak-anak yang diraikan
Penyampaian duit raya
Selain daripada menjamu selera ketika iftar di Cafe @ PICC, kanak-kanak ini juga telah menerima donut sumbangan daripada Dunkin Donuts dan juga duit raya daripada PICC. Puan Rolaina Salleh (Exco Kemajuan Kebajikan Hal ehwal Wanita dan Keluarga YAKIn Malaysia) mengucapkan perasaan syukur kerana masih ada yang prihatin terhadap golongan yang amat memerlukan dan berterima kasih kepada PICC di atas jemputan yang diterima. Beliau memaklumkan bahawa YAKIN Malaysia berperanan sebagai 'Pusat Runding Cara Harian' yang merupakan pusat jagaan yang membantu dalam penyaluran maklumat serta lain-lain keperluan kepada golongan wanita dan keluarga yang memerlukan.

Buat rakan-rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan acara-acara di PICC :
PIT Fest
Person-in Charge : En Shuharezuan Ramli (Pengurus Acaca PIT Fest 2015)
Telefon : 03-88876070 / 011-2933 0956
Emel : mgr.event@picc.com.my

Maklumat Umum PICC 
Person-in Charge : Cik Kumari Nahu 
Telefon : 03-88876000 
Emel : kumari.nahu@picc.com.my
Media Sosial PICC Malaysia : Facebook |  Twitter | Instagram

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter

You Might Also Like

1 GLAM People

  1. Assalamulaikum Sahabat Usahawan ...Salam Ramadhan Buat Semua ..

    Peluang Buat Semua usahawan Muslim secara bebas di PICC, Putrajaya selama 3 hari dari 28hb -30hb august 2015

    Produk terbuka.. apa jua produk penguna

    **** Makanan
    **** Pakaian
    **** Berbagai Aksesori
    **** Kenderaan
    **** Hartanah
    **** Perlancongan
    **** Perkhidmatan
    **** Pendidikan

    Utk Pendaftaran sila berhubung dengan
    Pn. Hajah Sakdiar
    (0102835582) Penolong Pengarah Program
    Tn. Mohd Rasyiq Bin Mohd Zainal
    (0108031204) Pegawai Pemasaran

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe