Philips Ultimate Cook-Off : Pandai ke Rawlins_GLAM masak?

3:30 PM

Pada Sabtu yang lepas iaitu 28 Jun 2014, bertempat di AEON Big Subang Jaya, Philips Malaysia telah menemukan 10 orang pakar masakan dengan 10 orang blogger di dalam satu pertandingan memasak yang berkisar di sekitar produk terbaru Philips iaitu Air Fryer dengan moto " Lose the Oil, Not the Taste".
Kumpulan 3 nan Havoc

Dalam 3 bulan kebelakangan, Philips Malaysia telah menganjurkan pertandingan untuk mencari 10 resipi terbaik yang tidak menggunakan minyak.

So, pada hari kejadian, saya adalah di antara blogger yang terpilih. 
Terima kasih Philips Malaysia.

Saya dah berdebar tak menentu memikirkan apakah juadah yang perlu saya sediakan dan siapakah pasangan saya.
Kami dimaklumkan bahawa seorang blogger akan dipasangkan dengan seorang pakar masakan dan juadah yang akan dimasak akan diperoleh melalui cabutan.

Saya bersama kak Sheeda Azman, bergandingan untuk membentuk kumpulan No.3 dan kami telah mencabut kategori Dessert untuk masakan kami.

Setelah mencurah minda bersama, kami bersetuju untuk membuat brownie bersama aiskrim untuk dessert kami.

10 pasangan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan saya adalah di antara kelompok pertama yang memasak.



Sebelum pertandingan dimulakan, kami berpeluang untuk melihat demonstrasi masakan oleh Chef Zam menggunakan Philips Air Fryer.
Dalam masa yang singkat, Chef Zam berjaya menghasilkan Stuffed Baked Apples dan Ayam Pandan.
Tak sangka, memasak menggunakan Air Fryer ni bukan sahaja tidak menggunakan minyak, malah menjimatkan masa.

Sebelum pertandingan dimulakan, setiap kumpulan diberikan AEON Big Gift Card yang bernilai RM50 dan diberikan masa 20 minit untuk membeli keperluan memasak.

Setelah itu, setiap kumpulan diberikan masa selama 40 minit untuk menyiapkan juadah masing-masing dan menghiasnya dengan kreatif.


Memandangkan kumpulan kami menyediakan dessert, maka tak adalah aksi memotong ke, mensiang ke. Senang je kerjanya.
Kacau tepung, pecah telur dan menghancurkan kacang badam je kerja saya.
Yang bestnya, menggunakan Air Fryer nie takde masalah untuk sentiasa menjenguk juadah yang disediakan kerana proses memasak langsung tidak terganggu.
Maka senanglah saya dan Kak Sheeda nak jengok sama ada brownie kami menjadi ke tak.

Setelah selesai 40 minit, maka kami perlu menghidangkan juadah kepada para juri dan menerangkan konsep masakan masing-masing.
Chocolate Brownie Musim Jerebu - Dessert Kumpulan 3

Salmon Huha Huha

Summer Prawn

Satay Ayam Tusukan Kasih

Ikan Pari Panggang

Setelah itu, kelompok 2 pun bermula.
Puding Roti

Udang Muhibbah

Sayap Goreng

Kebab dan Ayam Tandori

The winning dish tapi saya terlupa namanya

Apabila kesemua 10 pasangan telah selesai memasak, tiba masa untuk mengumumkan pemenang.
Malangnya, gabungan saya dan Kak Sheeda tidak berjaya mendapat Top 3.
Tapi saingan memang hebat daripada semua pasangan.
Kagum saya melihat tahap kreativiti masing-masing.
Walaupun kalah, saya tetap senyum girang sebab hadiah saguhati pun boleh tahan menariknya.,
Hurm... terus terpikir nak masak apa guna hadiah itu ye.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

2 GLAM People

  1. Azatulsheeda tu kawan akak :-) What a small world! :-) Terer la tu masak. Kalau akak errr.....sesimple ajer. Thanks sebab singgah akak punya blog :-)

    ReplyDelete
  2. Memang best dia masak @Ezna Ahmad

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe