Lawak Ker Der 3 : Douglas Lim Paling Best Giler Ba*i S**l!

8:30 AM

Semenjak awal saya blogging, Bro Framestone memang banyak membantu dari segi tips dan cara berblogging yang efisien.
Thanks Bro.

Beliau juga sering menjemput untuk hadir events.
InsyaAllah, jika tiada aral melintang, akan saya hadiri.
Thanks +Bro Framestone  yang rajin menjemput saya
Terbaru, Bro menjemput sekumpulan blogger untuk hadir menonton Lawak Ker Der 3 di Istana Budaya.
Having watched the first 2 Lawak Ker Der, saya memang tidak memvbuang masa dan menerima jemputan beliau.
Terima kasih juga kepada ESCAPE kerana memberikan peluang merasai gandingan baru bagi Lawak Ker Der 3 nie.
Barisan pelawak untuk Lawak Ker Der 3
Waktu tontonan adalah pada 4 Disember 2013 jam 8:30 malam.
Maknanya, saya adalah di antara yang terawal menonton Lawak Ker Der 3 nie.

Saya bergerak dari Kajang seawal 6:30 petang.
Namun disebabkan jalan yang teramat sesak, saya sampai di IB pada jam 8:40 malam!
Dua jam di atas jalan raya memang menyakitkan jiwa.

Tapi syukur sebab saya melangkah masuk ketika Nabil baru membuka tirai persembahan dengan menyanyikan lagu 'Havoc'.
Memang HAVOC! Juga sempoi!

Selepas itu, Nabil menyampaikan juga lagu "What The Fox Say" mengikut versi beliau sambil memperkenalkan barisan pelawak pada malam itu.
Yang lawaknya Nabil kali ini adalah punch line beliau sentiasa tak menjadi.
Being a professional, dia tak gabra tapi tetap meneruskan lawak.
Memang tak kering gusi melihat keletah Nabil.

Maaf lah ye. 
Dek kerana tak dibenarkan mengambil gambar di dalam Panggung Sari, so, saya tak dapat nak share gambar-gambar di sini sebab memang takde gambar.

Selesai Nabil, kumpulan Jambu muncul.
Mungkin kerana hari pertama, maka ada lawak dari Jambu yang tidak berapa sampai pada penonton.
Tapi kami tetap gelak nak pecah perut mendengar tuturan lawak mereka.

Douglas pula menyusul muncul.
Sebenarnya saya agak nervous nak melihat persembahan seorang pelawak berbangsa Cina yang lebih fasih untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris menuturkan lawak beliau di dalam Bahasa Melayu.
Amazingly enough, dia berjaya menawan seluruh dewan dengan susunan bahasa beliau yang mantap dan juga lawak yang memang LAWAK BEST GILA BABI SIAL!
Douglas, last night you really owned the theathre!
Siap dapat standing ovation lagi.
Manakan tidak, bila dia nyanyi parody lagu-lagu Awie, suara dia memang SEDAP BEST GILA BABI SIAL!

Nape saya banyak kali sebut SEDAP BEST GILA BABI SIAL?
Hanya yang menonton Lawak Ker Der 3 yang faham makna frasa ini.

Kemudian Kumpulan Jambu muncul sekali lagi dengan lawak pakcik lumpuh yang manja bukan main.
Memang lawak sampai kawan saya mengesat air mata sebab gelak terlampau.
Sempat ambil curi-curi. Maaf IB

Sempat bergambar dengan blogger otai  +Nor Rajaie Hashim , +Kifli Mally  dan +Maha Mahu je semalam.
Aksi penutup malam semalam adalah oleh Harith Iskander.
Kali ini beliau tidak cerita pasal CSI tetapi lebih berkenaan status beliau yang confused.
Bukan sexuality yang confused tetapi bangsa beliau sendiri.
Ayahnya Melayu Johor dan ibunya wanita Inggeris, so dia tak tau nak isi borang apabila sampai di ruangan Bangsa.
Sekarang setelah beliau berkahwin dengan isterinya yang merupakan kacukan Cina dan India, dia merasa simpati pada nasib anaknya kelak sebab terlampau banyak kacukan.
Hidup bangsa Malaysia!

All in all, Lawak Ker der 3 menampilkan kelainan daripada 2 siri yang sebelumnya. 
Nak tahu apakah kelainan dan mengapa ia best, kenalah datang tengok sendiri kan.
Tapi, kalau tak best, takkan lah tiket-tiket dia sold out kan? Mesti ada yang frust menonggeng nie kan.

Memang berbaloi untuk pergi menonton, especially sekarang musim cuti sekolah. 
Bawalah anak-anak menonton sekali.

Confirm anda semua akan makin mesra lepas nie!

Bagi yang tak sempat membeli tiket dan menonton, jangan risau sangat sebab ESCAPE membawakan Lawak Ker Der 3 secara ekslusif mulai 31 Disember 2013 selama 6 BULAN!

Wow!
Maknanya, selama 6 bulan nie, anda akan tertawa berdekah-dekah seorang diri di dalam bilik pejabat sambil menatap alat peranti pintar memasing la kan.

Sesambil menonton Lawak Ker Der 3 tu kelak, boleh lah join sekali peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE yang menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 SETIAP HARI!

Nak tahu caranya?
Mudah sangat!

Mulai 7 - 27 Disember 2013, pelanggan Celcom perlu menonton Youtube Channel - cuit-cuit @ ESCAPE  setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang dikemukakan oleh pelawak dari Lawak Ker Der 3.
Sesiapa yang tahu jawapannya, hantar jawapan anda yang tepat dengan segera ke 20888.
Tak payah nak tulis panjang-panjang. Cukup 1 ayat je.

Nak tahu lebih lanjut cara nak dapat RM5,000 setiap hari?
Tekan je link ESCAPE ni

ESCAPE tu apa?

ESCAPE adalah dunia hiburan peribadi setempat yang boleh dibawa ke mana sahaja. Anda nak tengok video, filem, konsert, berita atau apa sahaja, ESCAPE lah jawapannya.

Dengan RM25/ bulan sebagai akses bulan tanpa had, anda boleh pilih rancangan/ filem kegemaran (ada 500 filem dan rancangan) dan tontoni semuanya melalui pelbagai jenis peranti pintar anda (telefon bimbit, komputer riba, tablet dan komputer peribadi).

Yang paling best, and aboleh hentikan dan menyambung semula program pilihan pada bila-bila masa di mana jua. (www.ESCnow.com)

•  Henti & sambung tayangan  •  Pelbagai peranti  •  Bila-bila masa
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

4 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe