Jack The Giant Slayer : The Review


Ingat tak kisah Jack and The Bean Stalk?

Iols ingat sebab suka baca kisah-kisah dongeng masa kecil-kecil dulu.

Tapi Jack The Giant Slayer nie adalah satu sisi baru kepada kisah dongeng ini.

Dah semacam trend plak Hollywood menjenamakan semula kisah-kisah dongeng dia agar menjadi lebih dewasa kan.

SINOPSIS
Well, citer dia tak lari jauh dari Jack & The Bean Stalk yang iols pernah baca dolu-dolu.


Jack, anak petani miskin yang ingin menjual kuda kerana kemiskinan.
Apabila tiba di pekan, dia telah menonton satu persembahan berkenaan dunia Gantua, tempat tinggal Gergasi.
Cantik kan Gantua, nun jauh di langit
Sebagaimana perkisahan oleh arwah ibunya, Gergasi-Gergasi ini pernah menduduki Bumi. 
Mereka turun ke Bumi menggunakan pokok kacang ajaib yang menjalar dari Bumi ke Gantua dan manusia menjadi mangsa kerana Gergasi suka memakan manusia.
Tetapi di atas pimpinan King Erik, manusia berjaya mengalahkan Gergasi dengan menjadikan jantung gergasi sebagai Makhota.
King Erik telah menghalau semua Gergasi kembali ke Gantua dan pokok kacang telah ditebang.
Manakala benih-benih yang lain disimpan secara rahsia oleh King Erik dan dibawa bersama oleh beliau ketika mangkat.
Elmont, Isabelle dan Jack
Pada persembahan itu, Jack telah bertemu dan menyelamatkan Isabelle.
Isabelle merupakan puteri raja yang ingin mengecapi pengembaraan di dalam hidupnya tetapi terhalang kerana status diraja beliau.

Isabelle pula telah ditunangkan kepada Lord Roderick yang mempunyai cadangan jahat untuk mengambil alih kerajaan selepas perkahwinan beliau.
Lord Roderick juga telah mencuri benih kacang ajaib dan mahkota King Erik dan bercadang menggunakan kedua-dua bahan tersebut di dalam rancangannya.


Apabila Isabelle melarikan diri dari istana dan tersesat sehingga ke rumah Jack, mereka tidak menyangka perjumpaan mereka itu akan membawa mereka kepada satu penggembaraan yang akan merubah kehidupan keduanya.

Apabila rumah Jack diranapkan dan dijulang ke udara oleh pokok kacang gergasi, Isabelle yang terperangkap di dalam rumah tersebut turut hilang bersama.
Jack telah diarahkan untuk menyelamatkan Isabelle bersama-sama pengawal diraja yang diketuai oleh Elmont dan juga bersama Lord Roderick.
Gergasi berkepala dua dan rakan-rakannya

Pendakian ke udara membawa mereka ke Gantua.
Dalam usaha menyelamatkan Isabelle, pelbagai perkara terjadi. 
Di antaranya pertembungan dengan Gergasi, insiden Elmont hampir menjadi 'pig in a blanket'  dan Lord Roderick menjadi King Roderick.
Tertapi akhirnya Lord Roderick telah terbunuh dan Elmont, Isabelle dan Jack berjaya menyelamatkan diri dan kembali ke Bumi.
Pokok kacang ajaib juga telah berjaya ditebang.
Gergasi paling jijik pernah iols lihat *eh, pernah lihat gergasi ke sebelum nie?*

Adakah berakhirnya kisah Gergasi dan manusia di Bumi?
Bagaimanakan Jack mengalahkan Gergasi yang ingin menakluk Bumi?
Apakah mungkin Isabelle dan Jack bersama kerana perbezaan darjat?

Penilaian ials terhadap Jack The Giant Slayer :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Penceritaan yang jelas berkenaan sejarah Gergasi, manusia dan benih kacang ajab. Corak penceritaan juga agak ringan dan tidak memberatkan fikiran.  

Penghayatan : 4.8/5.0. Effect yang menarik. Sangat kagum dengan pembikinan Gergasi yang real sehingga tidak menampakkan kejanggalan di antara watak manusia dan Gergasi. Penghayatan semua pelakon juga genuine dan mantap. 

Will I watch it again 
: Since dah tengok 3D, iols akan beli DVD untuk ulang tayang di rumah plak. Hehehhe


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

  1. I baru je tengok movie ni semalam, gelak besar jugaklah dalam wayang tu. Memang betul cakap you, beli DVD memang worth it

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com