HESSA Presint 7 - Ciri Rumah Yang Aku Ingini

HESSA Presint 7 - Ciri Rumah Yang Aku Ingini | Ingat tak pesan mak ayah ketika kita membesar 'Belajar pandai-pandai, cari kerja elok-elok, beli rumah dan bina keluarga'. 

Matrix Concepts, Tiara Sendayan, HESSA, Home Sweet Home, Self Sustaining Township, A Home for Well Being, A Home for Well Living, Property by Rawlins, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Bila dah bekerja, mak pesan begini pula 'Long, kalau beli rumah tu, beli la yang boleh bina famili sekali ye. Biar ada tanah senang nak bercucuk tanam. Kalau boleh jangan la jauh-jauh sangat - senang nak ke mana-mana.' Panjang lebar pesanannya.

Bila dah bekerja, rakan sekerja dok berbincang tempat paling strategik nak beli rumah. Of course di sekitar UKM dan Bangi dan terlebih padat dah. Sekarang tumpuannya ke arah selatan Lembah Klang dan menghala ke Seremban dan kawasan sekitarnya. Sedikit sebanyak perbualan dengan rakan sekerja mengusik minda dan jiwa ku. Ye lah. Aku nie dalam proses nak membeli rumah dan kalau boleh, nak seperti yang mak pesan (aku rasa faktor usia kot, walhal dah ada satu apartment kos sederhana hahaha). 

Self Sustaining Township, A Home for Well Living, Property by Rawlins, HESSA, Tiara Sendayan, Rawlins Lifestyle, Home Sweet Home, A Home for Well Being, Rawlins GLAM, Matrix Concepts,

Dalam ketika aku membuat penyelidikan berkenaan projek perumahan yang kurasakan menepati kriteria yang aku nak, aku terserempak dengan dengan laman FB Matrix Concepts Holding Bhd yang menyebut berkenaan HESSA Precinct 7.

Seperti seorang pakar penyelidik, aku mula menyelidik latar belakang Tiara Sendayan nie. 

Self Sustaining Township, A Home for Well Living, Property by Rawlins, HESSA, Tiara Sendayan, Rawlins Lifestyle, Home Sweet Home, A Home for Well Being, Rawlins GLAM, Matrix Concepts,

Fakta Berkenaan Tiara Sendayan

  • Projek perumahan yang dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Bhd di kawasan selatan Lembah Klang dan meliputi keluasan 295 ekar di daerah Labu, Negeri Sembilan.
  • Projek perumahan ini dibahagikan kepada sembilan presint termasuk premis komersil
  • Aku suka dengan projek perumahan ini sebab banyak konsep hijau. Ada taman riadah digelar Central Park seluas 12 ekar. (Dah ala-ala cerita Home Alone kan.) Sebagai seorang yang suka nak bersukan, aku memang gemar bersenam di ruang terbuka. Dah la Tiara Sendayan nie memang banyak menyediakan kemudahan bersukan - padang futsal, bola keranjang, trek berbasikal dan laluan refleksologi. Dan ada gym gak! 
  • Projek ini boleh diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban - Port Dickson dan KLIA Linkage. Maknanya - senang aku nak ke Utara, Selatan, Timur dan Barat. Malah parents aku turun KLIA je senang nak sampai area nie. 
  • Pastu aku sibuk nak semak statistik pembelian dan rekod jualan pemaju plak. Terkejut tengok Presint 1 sehingga Presint 6 dia terjual dengan sangat pantas. Ada yang sold-out pada hari cabut undi rumah yang diadakan selama 2 jam sahaja! Bayangkan betapa pembeli memang berkenan dengan projek perumahan Tiara Sendayan nie. Kalau dah sampai 6 fasa perumahan pun masih terjual dengan pantas (kurang dari 2 tahun terjual 100%), maknanya perincian kawasan dan hasil binaan adalah menepati kehendak ramai dan berkualiti. 
  • Ada sekolah berdekatan - SJK (C) Bandar Sri Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan, SK Sendayan, SMK Taman Nusari dan ada beberapa lagi - so senang aku nak fikir mana nak hantar anak-anak kelak kan. 
Self Sustaining Township, A Home for Well Living, Property by Rawlins, HESSA, Tiara Sendayan, Rawlins Lifestyle, Home Sweet Home, A Home for Well Being, Rawlins GLAM, Matrix Concepts,
Self Sustaining Township, A Home for Well Living, Property by Rawlins, HESSA, Tiara Sendayan, Rawlins Lifestyle, Home Sweet Home, A Home for Well Being, Rawlins GLAM, Matrix Concepts,

Kediaman dibina 254 unit rumah double storey link dengan luas binaan dari 2,156 kaki persegi.  Sudah semestinya menjadi idaman aku dengan laman nie untuk rumah corner lot. Dah berangan dah ada air terjun mini dan taman kecil. 

Bila aku intai lukisan pelan dia, ewah! Memang mewah ye. Dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air, memang menepati kriteria yang mak aku pesan la nie. Ruang pun disusun dengan teratur menjadikan ada ruangan luas untuk family and friends gathering. Ini pentingnya laman - senang aku nak jamu kengkawan datang kalau weekend kan. 

Tadi aku sebut pasal kemudahan kat Tiara Sendayan kan. Nie paling berbaloi aku rasa - keahlian percuma di d'Tempat Country Club selama 5 penggal! Ko ghase tak berbaloi ke tu? Kalau dah country club memang sah banyak kemudahan yang aku boleh pakai disamping Central Park seluas 12 ekar tu. 

Self Sustaining Township, A Home for Well Living, Property by Rawlins, HESSA, Tiara Sendayan, Rawlins Lifestyle, Home Sweet Home, A Home for Well Being, Rawlins GLAM, Matrix Concepts,

Harganya plak? Bermula dari RM485,999 yakni memang dalam kelayakan aku. Apakah ini satu jodoh?

Kalau korang nak tahu info lebih pasal Tiara Sendayan ke atau lain-lain info berkaitan, jangan lupa stalk diorang kat sini.

Laman Web | Facebook | Instagram

Kalau nak cepat, call 1-800-88-2688 pun boleh. 

#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing  #AHomeforWellLiving #PropertybyRawlins #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM

Post a Comment

15 Comments

  1. Wow. Teringinnya nak ada rumah sendiri....

    ReplyDelete
  2. memang memudahkan sangat kalau rumah dalam taman macam ni kan rawlins! Dah la cantik, banyak kemudahan untuk yang tinggal di situ.

    ReplyDelete
  3. Mmg best kalau ada rumah yg ada laman ni.. Lagi2 org yg suka gardening mcm saya ni... Mesti penuh dengan pokok2 kalau laman rumah saya.. Hahahha

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau ada rezeki beli rumah kat sini. cantik design dia

    ReplyDelete
  5. Gilee best rumah kat sini. Dapat satu boleh buat investment. Lokasi wise, design, akses and fasiliti mantap

    ReplyDelete
  6. Boleh sangat bagi mereka yang baru membina rumahtangga dapatkan dan beli sebiji jika ada rezeki kan.. rumah sekarang main lama makin mahal, so bila ada peluang cepatlah beli..

    ReplyDelete
  7. Serious la harga bermula less than RM500K? Teringin juga la nak tinggal kat landed house mcm ni... Nak ada laman sendiri bah tapi fikir kena travel jauh utk work, another hal pulak...

    ReplyDelete
  8. Bagusnya Rawlins melabur dalam hartanah, walaupun dah ada apartmen sendiri. Sebagai persediaan hari tua, kan.

    ReplyDelete
  9. Betul lah u oll kena cari satu lagi rumah ni hehehe backup untuk HoBL yang ada wakakakak tempat jauh dari orang dah sunyi jer tempat ni hehehehe senang nak buat parti kan...

    ReplyDelete
  10. woww rawlins apa lagi boleh la rembat corner lots.. hehehe cantik kan rumah ni..

    ReplyDelete
  11. Wahhhh Rawlins dah nak beli rumah ya.....canteeekkkkk tu. Orang rumah bila pulak nak ada?

    ReplyDelete
  12. this development really checks many boxes for an ideal home. it has such a beautiful view and strategic location too

    ReplyDelete
  13. Kau dah mampu untuk miliki rumah dah level HOD hehehehehe jom kita berjiran boleh sama-sama jog nanti kat tepi tasik tu hehehe best juga kan...

    ReplyDelete
  14. Ciri ciri rumah idaman iena jugak ni. Kalau ada rezeki lebih boleh lah beli rumah ke tiga :)

    ReplyDelete
  15. Matrix Concepts Holdings Bhd is reputable developer. Wow the home look so home sweet home. wish to stay there with family too

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com