Kenali Kelantan Dengan Perdana Trail Part 1

11:50 AM

Apabila ditanya "Apa yang anda tahu berkenaan Kelantan?", apa yang bermain di fikiran anda?
Di kepala saya adalah beberapa perkara - Banjir, Islam, Mak Yong dan Jauh.
Mana mungkin Malaysia dapat melupakan banjir besar yang telah melanda Kelantan pada penghujung 2014 yang menyaksikan hampir keseluruhan Kelantan ditenggelami air yang sangat tinggi. 

So, how is Kelantan now? 
Adakah masih berselut and still struggling to get back on her feet?

So, apabila Hotel Perdana Kota Bharu bersama Destination Malaysia menganjurkan Perdana Trail, I was hoping to see the struggle and nothing much. But I was in it for a surprise.

Kota Bharu langsung tidak sepertimana yang saya fikirkan - berselut dan sebagainya. Kebanyakan kedai telah beroperasi seperti sedia kala dan tiada selut di jalanan seperti yang saya bayangkan. And sebenarnya, banyak yang boleh dilakukan di Kota Bharu, in spite of what a few of my friends say about Kota Bharu being a city with nothing much to do.
Sedapnya Nasi Kerabu di Cerana Coffe House
Perdana Trail yang diperkenalkan oleh Hotel Perdana Kota Bharu membawa pengunjung Kota Bharu menelusuri sejarah dan warisan di bumi Kelantan, dengan berjalan kaki. Tajuknya pun menggambarkan tujuannya - "Perdana Trail : Heritage and Historical Walk". So, before walking along the trail, you better store some energy by getting the best of local Kelantan dishes from the Cerana Coffee House.

Gelanggang Seni
Destinasi pertama kami ialah Gelanggang Seni. Sedihnya ia masih ditutup, mungkin sebab kami awal sangat. Saya difahamkan bahawa Gelanggang Seni adalah tempat persembahan untuk permainan gasing, demonstrasi pembuatan wau, persembahan rebana ubi, persembahan silat, persembahan dikir barat dan pelbagai lagi permainan rakyat Kelantan.

Sadly, tiada persembahan tarian kerana tidak dibenarkan di Kelantan. Alangkah seronoknya kalau dapat menonton Mengadap Rebab dan Mak Yong di Kelantan.
Papan tanda di Gelanggang Seni, berhadapan Hotel Perdana Kota Bharu
Bersebelahan Gelanggang Seni adalah Perpustakaan Awam Kelantan, sebuah bangunan yang ceria berwarna-warni. Walking further up, kami sampai di Bazar Tuk Guru dan uniknya di simpang masuk ke Bazar Tuk Guru, terdapat sebuah monumen kecil yang menunjukkan arah kiblat. 
Kalau masih lagi tak tahu arah kiblat, memang malas la tu
Muzium Negeri
Setibanya kami di Muzium Negeri, kami dimaklumkan bahawa Festival Wayang Kulit Antarabangsa sedang berlangsung di situ. Sebenarnya, saya selalu memperkecilkan nilai seni wayang kulit dek hanya kerana ia adalah pertunjukan bayang-bayang. Namun, apabila saya mendekati dan mengamati pameran yang berupa gambar, peralatan dan juga video, saya merasa rendah diri kerana memperkecilkan nilai seni ini. Pembuatan patung wayang kulit memerlukan tahap penelitian yang tajam serta pemain patung (Tuk Dalang) bukannya sebarangan orang - beliau perlu peka terhadap isu semasa dan perlu bijak mengawal emosi penontonnya. 
The shadows
Indahnya pembuatan patung-patung wayang kulit
Selepas menonton video persembahan wayang kulit di dalam Muzium tersebut, saya semakin mengagumi seni ini kerana saya mampu ketawa terbahak-bahak menyaksikan persembahan wayang kulit tersebut. Never judge a book by its cover and before you finish reading the book, I would say.

Bulatan Jam
Just opposite of the State Muzium (Muzium Negeri) adalah Bulatan Jam. Ia merupakan sebuah bulatan biasa untuk memudahkan perjalanan kenderaan di sekitar Kota Bharu. From afar, you would say that it is just an ordinary roundabout with some date trees. Wait! 
Date trees? 
In Malaysia?
Menara Jam di Bulatan Jam
Tujuh tahun lepas, tiada siapa menduga pokok kurma yang ditanam di Bulatan Jam Kota Bharu akan berbuah dek kerana perbezaan cuaca berbanding negara asalnya. Namun, tahun lepas berlaku kejutan apabila ia mula berbuah dan masak ranum di saat menjelang Ramadhan. Rombongan Perdana Trail juga dapat merasai kejutan tersebut apabila sebahagian daripada pokok kurma telah mula berbuah dan berbunga. 
Berbuah kurma ketika menghampiri Ramadhan
Jika tidak kerana Perdana Trail memang saya tidak akan dapat melihat pokok kurma secara langsung, apatah lagi menyaksikan ia berbuah dan berbunga.

Kedai Kopi Din Tokyo
Dari Bulatan Jam, kami berjalan di sepanjang Jalan Temenggong di mana barisan kedai bangunan kolonial tersergam. Satu fakta yang saya sedari bahawa memang banyak kedai emas di sepanjang jalan tersebut. Di sepanjang jalan itu juga saya menyaksikan kesan-kesan lumpur pada dinding bangunan dan kedai. Sebak seketika apabila memikirkan keadaan penduduk Kota Bharu ketika banjir tersebut melanda. Alhamdulilah, kini semuanya kembali normal.
What I see along Jalan Temenggong
Persinggahan berikutnya adalah Kedai Kopi Din Tokyo. Kedai Kopi Din Tokyo terkenal seantero Malaysia dengan signature drink iaitu Teh Halia Telur Puyuh. Seawal pembentangan oleh Destination Malaysia berkenaan Perdana Trail, saya telah menyatakan bahawa saya hanya akan minum teh tarik kerana saya memang tidak menyukai makanan atau minuman yang mentah. Lagi-lagi telur -HANYIR.
Kedai Kopi Din Tokyo
Kedatangan rombongan kami disambut mesra oleh Pak Din dan pembantu kedai. Apabila melihat semua rakan memesan Teh Halia Telur Puyuh, I thought to myself "What the heck! Just face your fear!". Maka saya pun memesan Teh Halia Telur Puyuh bersama Telur TalibanTelur Taliban? Sebenarnya ia adalah telur separuh masak, manakala Telur Ping Pong adalah telur 3/4 masak. 
Telur Taliban - YUMMY
Amazingly, teh ini tidak hanyir
My comment on the Teh Halia Telur Puyuh? Sedap dan tidak hanyir - malah langsung tidak ada bau telur pada teh halia yang sedap itu.

Teh Halia Telur Puyuh dan Telur Taliban adalah sebahagian daripada juadah yang Pak Din hidangkan. Kedai Kopi Pak Din juga menjual pelbagai jenis kuih-muih dan nasi lemak. Bagi yang melancong ke Kota Bharu, perjalanan anda tidak lengkap jika tidak bersarapan di Kedai Kopi Din Tokyo. Jangan risau sebab semua orang tahu arah ke Kedai Kopi Din Tokyo.
Sedikit sejarah berkenaan Kedai Kopi Din Tokyo : Pak Din adalah generasi ketiga yang mengusahakan Kedai Kopi Din Tokyo dan kesemua bahan masakan (serbuk lada dan halia) adalah dihasilkan sendiri oleh Pak Din. Bukan main beli kat kedai serbuk siap ye. Manakala konsep duduk di kerusi panjang sepertimana kantin sekolah membolehkan pelanggan menyaksikan sendiri cara Pak Din menghasilkan minuman dan makanan yang menjadi buruan pelancong ke Kota Bharu. 

So, ini adalah bahagian pertama Perdana Trail bersama Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia. Nantikan sambungannya pada minggu hadapan - to unearth the beautiful history of Kelantan with me.


Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 609.745 8888
Faks : 609.748 8855
Emel : inquiry@hotelperdanakotabharu.com
Laman web : Hotel Perdana Kota Bharu
Facebook : Hotel Perdana Kota Bharu
Instagram : Hotel Perdana Kota Bharu
Laman web : Destination Malaysia
Facebook : Destination Malaysia
Instagram : Destination Malaysia
Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter

You Might Also Like

3 GLAM People

  1. Lepas tragedi banjir besar tu mmg x pernah ke kelantan lg... but for me perdana trail ni mmg menarik utk yg nak mengenali Kota Bharu dengan lebih dekat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeles lettewwww... hehehhe, takpe Lan... insya-Allah ada rezeki, kami bwk ko plak

      Delete
    2. Takpe Lan.. Belum rezki yang kali ini kan...

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe