The Wedding Ringer - Movie Review


Sebelum menonton The Wedding Ringer, tak pernah terfikir pun akan ada perniagaan sebegini.
Then terfikir, kat Malaysia pun boleh buat gak.
Hehehe.

SINOPSIS
Doug Harris adalah seorang peguam cukai yang berjaya.
Dalam tempoh kurang dari 2 minggu, dia akan mengahwini gadis idaman hatinya.
Semua persiapan untuk perkahwinan telah diuruskan.

Namun Doug ada satu masalah.
Dia langsung tidak memiliki seorang pun kawan/ sahabat/ rakan yang boleh/ mahu menjadi best man dia.
Ini kerana keluarga Doug kerap berpindah semasa Doug membesar menyebabkan dia tidak mempunyai teman rapat.
Dan Doug perlu mencari 7 orang best man dalam tempoh 2 minggu yang memenuhi ciri-ciri yang telah dia reka dan ceritakan kepada bakal isterinya, Gretchen Palmer.
Doug met Jimmy for the first time
The best man or a bunch of  bandits?
Apabila dia bertemu dengan Jimmy Callahan, masalah dia seakan-akan selesai.
Jimmy telah menjalankan perkhidmatan menyewa Best Man kepada ramai pengantin lelaki yang tidak mempunyai sahabat baik dan perniagaan dia sangat berjaya.

Namun apabila mengetahui bahawa Jimmy perlu menyediakan 7 best man  dan perlu menepati personaliti yang telah diceritakan oleh Doug kepada Gretchen, Jimmy mula berasa gusar.
Namun demi menyahut cabaran dan juga kerana bayaran yang lumayan, Jimmy bersetuju untuk menganjurkan pakej The Golden Tux yang pertama di dalam sejarah perniagaannya.
A match between the old boys and the new boys 
A bachelor party went crazy
A crazy ending to the bachelor party
Jimmy mempunyai satu peraturan yang mana 'persahabatan' yang terjalin di antara beliau dengan pelanggannya sepanjang tempoh perkhidmatan hanyalah lakonan semata-mata dan tidak melibatkan perasaan. 

Namun, dalam crash course selama kurang 10 hari untuk memenuhi cabaran The Golden Tux  oleh Doug, Jimmy mula merasakan keakraban di antara mereka. Ini kerana Jimmy juga tidak memiliki seorang sahabat yang boleh dia harapkan untuk membantunya di dalam kesusahan.

Gelagat keluarga Gretchen juga menimbulkan masalah kepada kejayaan pelaksanaan The Golden Tux kerana semuanya jenis orang yang berhati-hati.
A strange looking group of best men
Apakah Jimmy akan berjaya melaksanakan The Golden Tux dan menyatukan Doug dan Gretchen?

PENILAIAN
Plot : 4.8/ 5.0. Jalan cerita yang kemas. Penceritaannya tidak membosankan dan punchline yang diselitkan menjadikan jalan cerita ini sangat santai dan lucu. I just laughed my heart out in the cinema for the movie was that funny.

Penghayatan : 4.8/ 5.0. Penghayatan yang menjadi di kalangan pelakon. Watak sampingan pun komited dan meggelikan hati.

Will I watch it again : Yes I would and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email


Post a Comment

0 Comments