Alexander and the Terrible, Horrible, No Good, Very Bad Day - The Review

8:30 AM

Panjangnya tajuk movie nie kan.
Great poster, Alex!
Thanks +ChurpChurp sebab jemput saya menonton #Churpremiere wayang nie.
Sesuai untuk rakan-rakan kita yang selalu mengadu bernasib malang.
Percayalah, you are not the only one and at times, yours might not be as bad as what the others are having.
Hehehe.

SINOPSIS
Alexander membesar dikelilingi ahli keluarga yang sentiasa bernasib baik.
Anthony, abangnya merupakan seorang pelajar lelaki yang popular dan bakal ditabalkan sebagai Prom King.
Kakaknya, Emily pula akan menjadi watak utama di dalam pementasan Peter Pan manakala adiknya Trevor pula merupakan bayi yang baik.
Rambut Alexander terlekat chewing guM
Apabila rakan-rakannya menolak untuk hadir ke majlis harijadinya yang ke-11 kerana ingin hadir ke majlis hari jadi Philip Parker yang lebih mewah, kekecewaan Alexander bertambah. Apabila dia tanpa sengaja membakar buku sains Becky Gibson (gadis pujaan hati Alexander), dia merasakan hidupnya memang akan sentiasa dirundung malang.
Alexander terbakar buku sains Becky
Pada malam hari jadinya, Alexander membuat hasrat agar ahli keluarganya akan dapat merasakan kekecewaan yang dihadapinya agar mereka dapat memahaminya.

Pada paginya, Alexander mendapati hasratnya telah ditunaikan.

Anthony mendapat tahu yang teman wanitanya ingin memutuskan hubungan mereka dan dia terpaksa dihantar ke detention room kerana memecahkan almari kaca hadiah sekolah tanpa sengaja. Anthony juga telah gagal dalam ujian memandunya.
Anthony gagal dalam ujian memandu
Emily pula mengalami selsema kerana telah berlatih di dalam kereta ibunya yang berhawa dingin sepanjang malam dan berkemungkinan tidak akan dapat berlakon.

Ibunya terpaksa menggunakan basikal untuk ke tempat kerja kerana keretanya tidak berfungsi selepas Emily membiarkannya terpasang sepanjang malam. Apabila sampai di tempat kerja, didapati terdapat kesilapan pada cetakan di dalam buku terbitannya dan pembaca selebriti yang dilantik akan membaca buku tersebut di khalayak ramai.

Ayahnya pula yang bakal menghadapi temuduga terpaksa membawa Trevor ke temuduga beliau. Ketika temuduga, Trevor telah memakan highlighter yang menyebabkan sesi temuduga itu terpaksa dipendekkan.
The terrible day
Anthony juga menjadi gembira kerana parti harijadi Philip bakal dibatalkan kerana terkena penyakit  yang teruk.

All in all, Anthony menjadi sangat gembira kerana keluarganya telah merasai kekecewaan yang dihadapinya.

Adakah kekecewaan dan nasib malang ini akan kekal menimpa keluarga Alexander?

PENILAIAN
Plot : 4.8/ 5.0. Jalan cerita yang kemas dan mudah. Penekanan kepada aspek kekeluargaan dan pemahaman berkenaan masalah remaja digarap dengan mudah dan bersahaja. Banyak aksi lucu yang menyebabkan saya tidak kering gusi di sepanjang wayang ini. 

Penghayatan : 4.8/5.0. Good performance by everyone.

Will I watch it again : Yes, I will and will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe